• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pulau Pinang Menipu Isu Pemecatan Ahli PAS?

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang menipu orang ramai apabila mendakwa seramai 300 ahli PAS yang memegang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri itu telah dipecat sepanjang bulan lalu.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang (BPPPP), Mohd. Yusni Mat Piah sebaliknya berkata, ahli PAS terbabit tidak dipecat tetapi mereka yang meletakkan jawatan masing-masing.

Menurutnya, peletakan jawatan itu kerana PAS tidak lagi bekerjasama dengan parti DAP yang kini membentuk Pakatan Harapan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Justeru, beliau menggesa Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang dikuasai DAP tidak berbohong kepada rakyat kononnya 300 JKKK dalam kalangan ahli dan pemimpin PAS telah dipecat sepanjang Oktober lalu.

“Jika tidak diserahkan surat pemecatan, kenapa sanggup berbohong bahawa semua 300 JKKK itu telah dipecat? Malah, pihak kerajaan negeri ‘segan silu’ menafikan tindakan meletak jawatan oleh JKKK daripada kalangan ahli dan pemimpin PAS.

“Kenapa hanya 300 JKKK sahaja dimaklumkan sebagai dipecat, sedangkan rekod sebenar menunjukkan 1,083 ahli PAS Negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK. Kenapa 783 orang lagi dibiarkan?? Adakah disembunyikan kuota PKR dan DAP?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini memaklumkan ahli PAS terbabit tidak boleh mendakwa mereka yang meletakkan jawatan daripada kerajaan negeri kerana mereka telah pun dipecat sebelum ini.

Baca: DAP Pecat Semua Ahli PAS Daripada JKKK Pulau Pinang

Kenyataan Guan Eng itu dipercayai bagi menjaga reputasi pimpinan kerajaan DAP dalam kalangan masyarakat terutama kaum Melayu di negeri itu.

Mohd. Yusni menjelaskan, BPPPP telah mengambil keputusan lebih awal untuk tidak lagi bersama-sama di dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di semua peringkat selepas Pulau Pinang kini dikuasai Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat.

Justeru, tegasnya, kenyataan kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa 300 JKKK PAS dipecat dan digantikan dengan pemimpin PAN langsung tidak memberi kesan dan tida relevan kepada PAS Pulau Pinang.

Beliau turut memberi peringatan kepada Pakatan Harapan bahawa PAS Pulau Pinang tidak akan lumpuh walaupun kerajaan negeri itu melakukan kezaliman ke atas ahli-ahli PAS di Pulau Pinang. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]XPp-r8uLwY4[/wpdevart_youtube]

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Filipina Bersalin Atas Jalan Sesak Dek Sidang APEC

Next Post

Pengganas Singapura Mahu Mohon Kerakyatan Indonesia

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Pengganas Singapura Mahu Mohon Kerakyatan Indonesia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd