• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Kenakan Cukai Eksais Rokok Elektronik

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan sedang mengkaji keperluan untuk mengenakan cukai eksais terhadap rokok elektronik termasuk vape bagi menghalang ia daripada menjadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata kajian terhadap keperluan itu disebabkan perisa yang terkandung dalam cecair rokok elektronik mempunyai nikotin yang merupakan bahan terkawal.

“Kalau e-cigarette (e-rokok) yang mempunyai nikotin, kami mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk memberi layanan kepada e-cigarette sama macam rokok, bermakna kalau rokok dikenakan cukai eksais, e-cigarette pun kena cukai eksais, tapi itu kami sedang kaji dari segi undang-undang.

“Nikotin ialah bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952. Sesiapa yang menjual nikotin perlu memohon permit daripada biro farmasi, jadi jika tiada permit ia merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dr. Subramaniam berkata perkara itu juga bagi menghalang budaya vape menggantikan budaya menghisap rokok selepas kementerian ‘berperang’ berpuluh tahun untuk menangani isu merokok.

“Dalam masa hanya setahun, pengguna e-cigarette dan vape telah meningkat dengan ketara. Kini terdapat lebih satu juta pengguna. Ini adalah satu perkembangan yang membimbangkan,” katanya.

Sebagai contoh, beliau merujuk sebuah video yang menjadi viral di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki menawarkan rokok elektronik kepada kanak-kanak berusia tiga tahun.

Dr. Subramaniam berkata kementeriannya bertanggungjawab untuk menghantar mesej tegas bahawa rokok elektronik boleh membawa kesan buruk dalam jangka panjang ke atas kesihatan manusia.

“Mesej kami adalah mudah. Kami mahu menghentikan rakyat Malaysia daripada vaping sama ada terdapat larangan atau tidak. Mungkin kesannya tak nampak hari ini tapi nampak dalam lima atau 10 atau 15 tahun lagi,” katanya.

Awal minggu ini, Dr. Subramaniam dilaporkan telah mengarahkan kementeriannya untuk mengambil tindakan ke atas peniaga perisa vape yang mengandungi nikotin, kerana ia adalah bahan terkawal.

Sementara pada Selasa, kerajaan menaikkan cukai eksais rokok yang menyaksikan sesetengah jenama mengalami kenaikan daripada RM13.80 kepada RM18 sekotak. – BERNAMA

Tags: rokok elektronik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Belanjawan 2023: Produk Cecair, Gel Ada Nikotin Akan Dicukai

Belanjawan 2023: Produk Cecair, Gel Ada Nikotin Akan Dicukai

24/02/2023
0

Kuala Lumpur: Duti eksais dikenakan ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd