• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Ahmed Tuntut AS$15 Juta, Permohonan Maaf

oleh AK-47
27/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELUARGA Ahmed Mohamed, remaja ditahan gara-gara salah faham jam diciptanya disangka bom, menuntut pampasan AS$15 juta (RM64 juta) selain permohonan maaf daripada datuk bandar Texas dan ketua polisnya.

Peguam kepada keluarga tersebut malah menuntut pihak berkaitan agar melunaskan tuntutan itu dan sekiranya gagal, mereka akan membawa kes berkenaan ke sebuah mahkamah tempatan.

Ahmed mula menjadi tumpuan dunia apabila dia ditahan pihak polis susulan jam yang diciptanya telah disangkakan sebagai bom oleh salah seorang guru di sekolahnya.

Sebaik ditahan, Ahmed mendapat sokongan daripada masyarakat seluruh dunia yang menuntut pembelaan terhadapnya dengan menubuhkan hashtag #IStandWithAhmed yang menjadi trending di Twitter.

Malah, Ahmed turut mendapat jemputan menghadiri sebuah majlis di kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat di White House, Washington DC selain dia ditawarkan biasiswa melanjutkan pelajaran ke Qatar.

Walaupun, Ahmed kini diangkat sebagai ‘hero’, namun menurut peguam yang mewakilinya, Ahmed dilaporkan mengalami trauma berhubung insiden itu selain menjejaskan reputasinya.

Sementara itu, pihak majlis perbandaran Irving, Texas enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan tersebut dan kini sedang meneliti surat yang dihantar peguam Ahmed kepada mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amerikamahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

“Insiden Berdarah di Perairan Cuba, Bot AS Jadi Sasaran Tembakan….Empat Maut”

“Insiden Berdarah di Perairan Cuba, Bot AS Jadi Sasaran Tembakan….Empat Maut”

26/02/2026
0

HAVANA – Sekurang-kurangnya empat individu dilaporkan maut selepas pengawal sempadan Cuba melepaskan tembakan ke arah sebuah bot laju berdaftar Florida...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd