• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecuaian Antara Punca Bas Langgar Belakang Treler Di LPT2

oleh Ahmad Albab
18/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Polis tidak menolak kemungkinan faktor kecuaian dan kemanusiaan antara punca kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dengan treler muatan kayu di Kilometer 292.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya akan melakukan ujian darah dan saringan air kencing ke atas pemandu bas persiaran yang merempuh belakang treler muatan kayu tersebut.

Ibu Bapa Pelajar Berang Sekolah Adakan Solat Hajat Tepi LPT2

Katanya ujian terhadap pemandu yang berusia 41 tahun itu akan dilaksanakan sebaik beliau selesai menjalani rawatan di Hospital Kemaman ketika ini.

“Setakat ini, keterangan daripada pemandu, beberapa pelajar dan guru sudah diambil untuk membantu siasatan,” katanya selepas melawat pemandu bas tersebut di hospital berkenaan malam tadi.

Pengakuan Mangsa Kemalangan Tentang LPT2 ‘Berhantu’

Awal pagi semalam, lima parah termasuk seorang pemandu bas selepas bas persiaran dua tingkat yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler yang sedang bergerak.

Dalam insiden kira-kira pukul 2.15 pagi itu, bas berkenaan yang membawa 54 pelajar dan tujuh guru pengiring dari Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram Kuala Selangor dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.

Susulan rempuhan kuat, tiga pelajar dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Pemandu bas mengalami kecederaan pada bahagian perut dan kepala serta seorang lagi pelajar perempuan, masih dirawat di Hospital Kemaman.

Beliau berkata siasatan merangkumi pelbagai aspek akan dilaksanakan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan tersebut.

Ini merupakan kes kedua kemalangan langgar belakang di laluan tersebut. Sebelum ini, sebuah lori yang sarat dengan muatan roti dan kek terbalik selepas merempuh belakang sebuah lori lain. – BERNAMA

Tags: kemalanganLPT2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

2 Maut, 1 Cedera Terjatuh Dari Skylift Ketika Hujan Lebat Di Subang Jaya

18/03/2026
0

SUBANG JAYA, 17 Mac 2026 – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari jentera pengangkat jenis ‘skylift’...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd