• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecam, Haramkan Kemasukan Nurul Izzah, Tian Chua Ke Sabah

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kira-kira 200 orang awam dan anggota Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan usul meminta Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mengecam tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berjumpa dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata yang menceroboh Lahad Datu pada 2013.

Usul itu diserahkan oleh Presiden Pakatan Pro Barisan Nasional (BN) Zulkarnain Mahdar selaku jurucakap kumpulan itu kepada wakil Speaker DUN di pintu masuk bangunan DUN di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan usul itu, Zulkarnain berkata usul itu bagi memohon Speaker DUN Datuk Syed Abas Syed Ali menyampaikan kepada anggota DUN supaya mengecam tindakan Nurul Izzah dan seorang lagi Naib Presiden PKR Tian Chua yang dikatakan bertanggungjawab mengaturkan pertemuan antara Nurul Izzah dan Jacel.

Katanya usul itu juga meminta sidang DUN membuat keputusan mengharamkan kemasukan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah.

“Kami mahu mesej ini sampai kepada Nurul Izzah dan Tian Chua. Hati kami orang Sabah cukup terguris. Tindakan mereka ini membuka luka lama yang telah kami cuba lupakan trauma itu.

“Kami tidak mahu mereka menjejakkan kaki ke Sabah …sebagai tanda solidariti kepada keluarga mangsa anggota keselamatan yang terkorban ketika (mempertahankan negara) dalam insiden (pencerobohan Lahad Datu) itu,” katanya.

Zulkarnain berkata usul itu merupakan reaksi bagi mewakili seluruh penduduk Sabah yang kesal dengan tindakan Nurul Izzah dan Tian Chua.

Kumpulan itu turut mengadakan demonstrasi spontan dan aman bagi membantah tindakan dua pemimpin PKR itu selama kira-kira dua jam di hadapan pintu masuk bangunan DUN sebelum bersurai, dengan dipantau rapi anggota polis. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]L5-d-N0uTyY[/wpdevart_youtube]

Tags: Nurul Izzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1MDB Mampu Selesai Hutang Tanpa Bantuan Kerajaan

Next Post

Pengguna ERL Letak Kaki Ala ‘Taiko’ Dikecam Netizen

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

Next Post

Pengguna ERL Letak Kaki Ala 'Taiko' Dikecam Netizen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd