• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaum Wanita, Hati-Hati Dengan Lelaki Gila Seks Ini!

oleh AK-47
27/11/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERNAH bayangkan bagaimana rasanya jika anda terpaksa melarikan diri daripada dikejar oleh seorang psikopat persis filem-filem thriller Hollywood?

Mungkin ada antara kita yang belajar seni mempertahankan diri seperti jiujitsu atau taekwondo dan tidak berasa terlalu gentar dengan ancaman penjahat.

Namun, secara jujurnya, tiada siapa pun yang akan sentiasa dalam keadaan sedar atau fokus ketika ‘dihendap’.

Inilah yang betul-betul berlaku pada seorang pelajar Kolej KDU apabila melalui pengalaman diikuti seorang lelaki tidak dikenali ketika dia sedang bersiar-siar di dalam gedung beli-belah terkenal, Empire Subang Jaya.

Insiden tersebut telah meninggalkan kesan begitu mendalam terhadap pelajar perempuan yang bernama Annekie Kow , sehingga bertindak untuk memuat naik status dan gambar-gambar stalker itu menerusi laman Facebooknya.

fb958d58-4972-484c-9cd2-82edaf4228a0

c96721dd-e7a7-4c2a-9fe5-86dd9b2fc852

Dalam status itu, Annekie menceritakan bahawa segalanya bermula apabila dia sedang berjalan-jalan di dalam pusat beli-belah tersebut sementara menunggu teman lelakinya menjalani rawatan wajah di sebuah studio dalam premis berkenaan.

Sewaktu beliau menaiki eskalator, tiba-tiba seorang lelaki berdiri di belakangnya dengan jarak yang terlalu dekat sambil tersenyum. Tidak selesa dengan keadaan itu, Annekie hanya membalas dengan senyuman tawar.

Pelajar itu kemudiannya masuk ke dalam kedai Daiso, namun terkejut apabila mendapati lelaki berkenaan turut mengikutnya masuk kedai tersebut!

c5ae9163-7b1c-497c-9cd9-353b9b228e2c

12b5b8f3-571d-4b3d-b21e-b34ff47ace87

Untuk memastikan dia tidak sekadar bersangka buruk atau paranoid, Annekie pura-pura beredar ke lorong-lorong lain kedai tersebut untuk melihat sama ada betul atau tidak lelaki tersebut memang mengekorinya.

Rupa-rupanya memang ‘si gila’ tersebut mengikutinya ke setiap sudut kedai itu dari belakang!

Kaget dengan tindakan lelaki tersebut yang beberapa kali cuba berdiri rapat dengan tubuhnya, Annekie kemudian beredar daripada kedai itu dan terus hubungi teman lelakinya untuk beritahu tentang insiden tersebut.

Risau jika perkara yang buruk berlaku pada teman wanitanya, teman lelaki Annekie kemudiannya menyuruh gadis itu menunggu di dalam studio tempatnya melakukan rawatan wajah.

Namun, stalker tersebut masih mengekori Annekie ke studio itu sehingga beliau terpaksa menyorok dan memberitahu pakar kecantikan di situ tentang apa yang berlaku,

Lelaki gila seks itu bagaimanapun masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk putus asa pada masa itu, dan bertindak untuk menunggu di luar premis berkenaan.

Dia kemudiannya beredar secara tergesa-gesa apabila terperasan gambarnya dirakam Annekie.

Annekie kemudiannya menggunakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan itu untuk memberi peringatan kepada semua khususnya kaum wanita menerusi laman akaun Facebook miliknya.

Status tersebut telah mendapat perhatian netizen dan menjadi viral serta-merta, dengan 2,000 kongsian dalam tempoh 16 jam.

Ada juga netizen yang menyimpulkan bahawa pakaian Annekie yang terlalu seksi mungkin menjadi ‘pencetus’ keghairahan sukar dibendung lelaki tersebut.

Namun, menuding jari pada pemakaian seseorang sememangnya satu pendapat yang dangkal. Dan Annekie pula bukan berjalan di tempat sunyi-sepi atau gelap, dia berada di kawasan awam semasa kejadian itu berlaku.

Inilah kalau sudah terlalu taksub dengan susuk tubuh wanita; sanggup membelakangkan kewarasan minda dengan membiarkan hawa nafsu bermaharajalela.

Dan hasilnya, lelaki gila seks seperti ini berkeliaran menjadikan wanita sebagai mangsa! - MYNEWSHUB.CC

Tags: Gila Seks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Selamatkan 3 Remaja Perempuan Mangsa Eksploitasi Seks

09/11/2021
0

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun, dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur hasil serbuan di...

Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita Ditahan

20/02/2020
0

ALOR GAJAH - Seorang lelaki dipercayai gila seks dan gemar mencuri pakaian dalam wanita ditahan selepas melarikan 10 seluar dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd