• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kambing Berani Jadi Sahabat Harimau Di Zoo Rusia

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Moscow – Seekor kambing sepatutnya menjadi hidangan tengah hari seekor harimau apabila dimasukkan ke dalam tempat kurungan haiwan buas berkenaan di Taman Safari Far Eastern di Shkotovsky, baru-baru ini.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku apabila harimau itu tidak membaham kambing berkenaan malah kedua-dua haiwan itu menjadi kawan baik.

Pekerja di safari berkenaan berkata, harimau Siberia yang diberi nama Amur diberikan kambing hidup sebagai makanan, sekali setiap dua minggu.

Amur biasanya tidak menunggu lama apabila terus membaham kambing yang dimasukkan ke dalam tempat kurungannya namun kali ini keadaan berbeza.

“Kambing ini dimasukkan ke tempat kurungan Amur sejak beberapa hari lalu untuk dijadikan makanan. Namun kambing itu tidak menunjukkan rasa takut ketika berada dalam kandang harimau malah mula berkawan dengan haiwan berkenaan,” katanya.

Keberanian kambing itu membuatkan petugas menamakannya Timur.

Persahabatan kambing dengan harimau itu semakin erat apabila kedua-dua haiwan itu sering dilihat bersama-sama.

“Lebih mengejutkan, kambing itu berani tidur di tempat tidur Amur menyebabkan harimau berkenaan terpaksa tidur di luar.

“Mungkin Timur terlalu berani sehingga Amur menganggapnya bukan sebagai mangsa atau mungkin juga Amur kesunyian kerana tinggal seorang diri sejak beberapa tahun lalu,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

Tags: harimaukambingzoo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

11/01/2026
0

Penangkapan seekor harimau di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, berhampiran Ipoh, mengingatkan kita tentang hakikat yang kian mendesak: konflik manusia–hidupan liar...

Kambing ‘Santai’ Atas Kabel Elektrik Sambil Kunyah Rumput

Kambing ‘Santai’ Atas Kabel Elektrik Sambil Kunyah Rumput

10/06/2025
0

JAKARTA - Aksi seekor kambing yang berdiri di atas kabel elektrik sambil mengunyah rumput mengundang pelbagai reaksi netizen selepas rakaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd