• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Komprehensif Pastikan Produk Pertanian Berdaya Saing Antarabangsa

oleh Ahmad Albab
16/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu kajian komprehensif sedang dijalankan bagi menilai produk tanaman tempatan yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kajian itu bertujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan barangan berasaskan pertanian dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kualitinya.

“Saya sudah minta setiap jabatan untuk sediakan analisis kos, untung rugi dalam semua perkara…sama ada produk itu beras, padi, ikan, ternakan dan sebagainya.

“Apabila TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasific dilaksanakan kelak), Amerika Syarikat bandingkan beras kita dengan dia, Australia pun bandingkan juga, dan kita akan berhadapan masalah.

“Apakah kita (sudah) boleh bertanding dengan orang lain?” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Produk Skim Pembiayaan Teman Tekun di sini, Isnin.

Terdahulu, semasa berucap di hadapan kira-kira 200 pegawai dan kakitangan kementerian itu, Ahmad Shabery memberitahu pentingnya meningkatkan produk pertanian dan perternakan.

Beliau berkata penghasilan produk tempatan lebih berkualiti bukan sahaja memastikan tahap mampu diri Malaysia berada di kedudukan selamat dan mengurangkan kebergantungan terhadap produk import malah, untuk dieksport bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara.

“Kalau kita tanam beras, kita hanya bercakap tentang jaminan makanan, tentang meningkatkan pendapatan petani, bagaimana rakyat dapat makanan harga murah, tentang elakkan import dan sebagainya.

“Tetapi kita tidak cakap padi yang kita tanam mestilah mutunya setanding peringkat antarabangsa,” katanya.

Ahmad Shabery berkata situasi kini memaksa jabatan dan agensi di bawah kementerian seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Pertanian Malaysia untuk lebih berdaya saing meningkatkan produk Malaysia.

Mengulas mengenai skim itu, Ahmad Shabery berkata, program itu diperkenalkan bagi membantu usahawan peringkat kecil dan sederhana untuk memajukan perniagaan mereka.

Beliau berkata Tekun memperuntuk sejumlah RM45 juta kepada 6,805 usahawan yang memohon dengan lingkungan pinjaman antara RM5,000 dan RM10,000.

“Melalui skim ini, usahawan perlu membentuk kumpulan lima orang sebelum memohon. Dan jika mereka membayar dengan sempurna, mereka boleh memohon pinjaman sehingga RM50,000,” katanya sambil berharap usahawan merebut peluang itu untuk memajukan pinjaman. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyPertanian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertanian Di Kawasan Tanah Talian Elektrik TNB Dibenarkan

09/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian khususnya tanaman kontan boleh diusahakan di kawasan yang terletak dalam koridor talian...

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd