• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKIM Terima Kritikan Perbaiki Kelemahan, Bukan Pandangan Ekstrem

oleh Ahmad Albab
11/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengalu-alukan kritikan bersifat membina tetapi bukan pandangan ekstrem yang mahukan institusi itu dilenyapkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata Jakim telah menyumbang kepada perkembangan Islam yang positif di negara ini namun tidak menafikan institusi itu perlu menerima kritikan untuk memperbaiki kelemahan bagi meningkatkan perkhidmatannya kepada masyarakat.

“Kita tak pernah bersifat defensif apabila dikritik, tetapi bagi saya pandangan supaya memansuhkan (JAKIM) agak ekstrem dan kalau benar apa yang dilaporkan, seolah-olah nak kembalikan Malaysia ke zaman Jahiliyyah dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan yang memetik kenyataan anak sulung bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tawfiq Tun Ismail, yang mahu JAKIM dimansuhkan kerana dilihat seolah-olah mencampuri kehidupan peribadi rakyat negara ini.

Asyraf Wajdi ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Komuniti ASEAN bertemakan Ketamadunan Islam dalam Komuniti ASEAN: Cabaran dan Harapan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), di sini Rabu.

Asyraf Wajdi berkata isu itu tidak perlu dipanjangkan kerana ia tidak mewakili suara majoriti sebaliknya hanya pandangan sebilangan individu yang tidak memahami kerangka sejarah perkembangan Islam di negara ini.

“Saya rasa dalam suasana hari ini masyarakat Islam sudah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap agama. Kita tidak boleh kembali kepada zaman di mana kita boleh sewenang-wenangnya berfoya-foya dengan perkara yang jelas diharamkan dalam Islam,” tambahnya.

Beliau sebelum ini turut dilaporkan sebagai berkata bahawa tanggungjawab JAKIM bukan sekadar melindungi kesucian agama Islam, malah melibatkan isu global termasuk isu Syiah dan kumpulan militan IS.

Asyraf Wajdi berkata untuk itu kewujudan JAKIM tidak sepatutnya dipersoalkan lagi kerana ia berperanan menyelaras hal ehwal agama Islam dan berfungsi sebagai benteng bagi menangani sebarang agenda menggugat kedudukan Islam di negara ini. – BERNAMA

Tags: Asyraf WajdiJakim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir Daerah Baling, 8 Kampung Terjejas 285 Mangsa Dipindahkan

Next Post

Aksi ‘Pecah Perut’ Orang Ramai Angkut Air Slurpee

Related Posts

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

Next Post

Aksi 'Pecah Perut' Orang Ramai Angkut Air Slurpee

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd