• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Sukan Sebagai Platform Pupuk Semangat Perpaduan

oleh Ahmad Albab
01/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Sukan perlu dijadikan sebagai platform memupuk semangat perpaduan antara kaum tanpa mengira fahaman politik bagi menjadikan negara terus harmoni dan berjaya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata tidak ada sebab pihak-pihak tertentu untuk terus berpolitik sepanjang masa tanpa memikirkan kesan terutama kepada golongan muda.

“Sebab itu melalui sukanlah ini kita boleh memupuk semangat kesukanan dan perpaduan yang boleh menggabungkan semua kaum dan parti politik bagi menjadikan negara terus berjaya.

“Golongan muda jangan diseret kepada keadaan yang mengelirukan mereka sebaliknya mendorong mereka untuk membantu kepada kejayaan negara terutama melalui sukan,” katanya kepada pemberita sebelum menyaksikan perlawanan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bangunan UMNO Muar di sini, malam tadi.

Pada perlawanan itu, juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala AFC.

Jaringan tunggal perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 sudah cukup bagi skuad Harimau Selatan itu menundukkan juara bertahan Liga Tajikistan, Istiklol FC pada aksi final di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan.

Razali yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar berkata disebabkan itulah, pihaknya menyiarkan perlawanan akhir itu melalui skrin besar di dewan berkenaan bagi membolehkan penyokong JDT menyaksikannya.

“Ini tanda sokongan terhadap sukan dan kita lihat golongan muda mengambil kesempatan untuk hadir beramai-ramai menyokong JDT,” katanya.

Beliau berkata kejayaan JDT juga menandakan kejayaan kepada negara kerana ia merupakan sejarah baharu kepada sukan bola sepak.

“Malam ini adalah kejayaan kepada negara. Semua pihak tanpa mengira siapapun akan merayakan kemenangan bersejarah ini,” katanya selepas perlawanan itu.

Lebih 200 orang peminat tempatan hadir menyaksikan perlawanan berkenaan yang turut diserikan persembahan kelab penyokong JDT, Fortaleza de Muar yang menyanyikan lagu-lagu sokongan kepada pasukan itu. – BERNAMA

Tags: Razali IbrahimSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

RM55 Juta Program Pembangunan Sukan

06/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Bajet 2021 khususnya bagi sektor sukan di negara ini menyaksikan pengkhususan kepada sukan berprestasi tinggi apabila kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd