• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Raba Dan Ramas Oleh Tangan Ajaib Gamat Parlimen

oleh
27/11/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu ‘meramas’ dan ‘meraba’ menggamatkan persidangan Dewan Rakyat petang Selasa apabila beberapa anggota Parlimen mempersoalkan standard pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Malaysia.

Perkara itu mula dibangkitkan Datuk Dr. Marcus Mojigoh (BN-Putatan) bertanyakan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab. Aziz Kaprawi yang sedang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan.

Mojigoh meminta Ab. Aziz menjelaskan mengapa pemeriksaan keselamatan terhadap anggota badan penumpang sebelum menaiki pesawat dilakukan menggunakan tangan, sedangkan ia sepatutnya dilakukan menggunakan pengimbas badan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pemeriksaan keselamatan seperti itu masih dilakukan di lapangan terbang negara ini, sedangkan Amerika Syarikat yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi di lapangan terbang juga tidak melakukan pemeriksaan sedemikian.

raba1

“Saya tidak faham, mengapa pemeriksaan dilakukan menggunakan tangan? Seolah-olah pegawai keselamatan yang membuat pemeriksaan itu mempunyai tangan ajaib yang boleh mengesan bahan letupan.

“Kita anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak setiap minggu menaiki pesawat dan maknanya setiap minggu kami semua kena raba,” katanya sambil disambut gelak tawa dari anggota Parlimen yang lain.

Rungutan Mojigoh itu turut dipersetujui Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) yang mempersoal adakah pemeriksaan ‘meraba’ itu boleh menjamin keselamatan.

“Ini berkaitan isu keselamatan bukan isu meraba, jadi mengapa tidak disediakan alat seperti di lapangan terbang di luar negara,” katanya.

Menjawab pertanyaan itu, Ab. Aziz berkata isu tersebut sepatutnya tidak timbul kerana setiap penumpang diperiksa oleh pegawai keselamatan dari jantina yang sama dengan penumpang terbabit.

raba2

Katanya pemeriksaan badan menggunakan tangan amat penting kerana tidak semua pengimbas badan mampu mengesan bahan letupan terutama yang diperbuat daripada seramik.

“Oleh kerana kita mengamalkan standard keselamatan yang tinggi, maka ia perlu dibuat. Bagaimanapun ia tidak dilakukan sehingga ke bahagian anggota sulit,” katanya.

Beberapa anggota dewan kemudian bangkit untuk menyatakan pandangan mengenai perkara itu namun Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mencelah dan berkata: “Ini kalau dibiarkan sampai malam pun tidak habis.”

Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) turut mencelah yang bertanyakan mengenai pemeriksaan keselamatan yang menghendaki penumpang menanggalkan tali pinggang.

“Saya tiada masalah kena raba. Cuma saya ingin tahu konsistensi mengenai tali pinggang di mana ada lapangan terbang perlu tanggalkan, tapi ada lapangan terbang tidak perlu tanggalkan,” katanya.

Ab. Aziz kemudian menyatakan bahawa isu pemeriksaan keselamatan itu akan dibawa untuk perhatian Malaysia Airports Holdings Berhad dan akan dilihat secara mendalam. – BERNAMA/Mynewshub.cc/HAA

 

Tags: lapangan terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Lelaki Menetap Di Lapangan Terbang 18 Tahun Meninggal Dunia

Lelaki Menetap Di Lapangan Terbang 18 Tahun Meninggal Dunia

13/11/2022
0

PARIS – Seorang lelaki Iran yang menjadi perhatian seluruh dunia kerana menetap di sebuah lapangan terbang di Paris selama 18...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd