• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Pertanian Patuh APB Untuk Bersaing Dalam TPPA

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Pematuhan Amalan Pertanian Baik (APB) bagi pemain industri pertanian Malaysia perlu diperhebatkan sekiranya penyertaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) diluluskan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pada sidang media selepas merasmikan Pameran Agropelancongan Antarabangsa Malaysia (MIATE) di sini hari ini, beliau berkata pemain industri pertanian perlu mengamalkan APB untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

“Ia bukan soal bersedia atau tidak, tetapi kalau hendak memasuki pasaran negara lain, kita perlulah memperbaiki standard produk yang dikeluarkan dengan memenuhi piawaian antarabangsa,” katanya ketika ditanya kesediaan Malaysia merebut peluang susulan liberalisasi sektor pertanian yang sedang dilakukan Jepun.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada Ahad lepas dilaporkan berkata Jepun menjangka peluang perniagaan di Malaysia dan pasaran serantau dalam semua sektor termasuk pertanian, perikanan dan perhutanan akan meningkat di bawah TPPA.

Malaysia dan 11 negara lain – Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, US dan Vietnam, berjaya memuktamadkan rundingan TPP pada 5 Okt, 2015.

Kandungan TPPA dan kajian berkaitan dilaporkan akan dibentangkan di Parlimen Malaysia pada sesi khas Januari depan bagi mendapatkan kelulusan Parlimen sebelum diratifikasikan dalam tempoh dua tahun selepas ditandatangani.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya menyasarkan untuk melonjakkan kemasukan pelancong agropelancongan dari empat kepada enam peratus menjelang 2020.

Atas keyakinan ia mampu berkembang, beliau berkata antara perkara yang perlu dilakukan ialah memperbanyakkan pembinaan homestay (inap desa) dan banglo di kawasan sawah atau lokasi pertanian lain sebagai tarikan baharu selain lokasi tumpuan sedia ada seperti Cameron Highlands, Taman Botani Negara dan Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS).

Mengenai MIATE, katanya, seramai 150,000 pengunjung disasarkan untuk menghadiri acara selama tiga hari di MAEPS bermula hari ini. – BERNAMA

Tags: TPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd