• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gubal Undang-Undang Baharu Kawal Penggunaan Vape

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengawal penggunaan vape terutama yang mengandungi cecair nikotin dalam perisanya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata cecair nikotin yang terkandung dalam perisa vape merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau.

“Oleh kerana perisa-perisa vape yang mengandungi nikotin ini dijual di pasaran dan tidak terkawal, maka perlu wujud satu undang-undang untuk mengawalnya,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Dr Subramaniam berkata ketika ini, cecair nikotin hanya dijual dalam kuantiti yang terkawal di farmasi-farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan perubatan.

“Berdasarkan kajian, pengambilan nikotin akan membawa kepada ketagihan dan boleh membawa maut sekiranya mengambilnya secara berlebihan,” katanya.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata tidak timbul isu kenaikan harga ubat meskipun kerajaan akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak lama lagi.

“Kami (Kementerian Kesihatan) telah berbincang dengan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) mengenai perkara ini.

“Kami dapati sekiranya TPPA ditangani ia bukan sahaja tidak menaikkan harga ubat, malah akan membuka ruang kepada syarikat-syarikat ubat di dunia untuk bersaing secara sihat bagi mewujudkan harga yang lebih murah,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wt6X9eQG_L8[/wpdevart_youtube]

Tags: vape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd