IKEA Malaysia telah membuka gedung keduanya yang terletak di Jalan Cochrane, Cheras, hari ini.
Pembukaan gedung kelengkapan rumah itu adalah yang terbesar setakat ini kerana ia meliputi ruang membeli-belah seluas 42,000 meter persegi serta 20 peratus lebih besar dari cawangan pertamanya yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Gedung tersebut itu telah dirasmikan oleh Duta Sweden ke Malaysia, Bengt G Carlsson yang menggergaji kayu log sebagai tanda simbolik permulaan.
Orang ramai mula beratur dan membanjiri pusat membeli-belah itu sejak awal pagi bagi merebut barangan percuma serta mencari kelengkapan rumah dengan harga yang berpatutan.
Selain itu, rata-rata orang ramai juga dilihat berpusu-pusu ke gedung itu untuk menikmati makanan signature di situ iaitu bebola dagingnya!
Keadaan begitu sesak di luat gedung sehingga bantuan polis terpaksa dipohon untuk mengawal aliran lalu lintas.
Memang meriahlah suasana di sana! Kalau tak percaya jom kita tengok gelagat orang yang hadir memeriahkan lagi keadaan di sana hari ini. – MYNEWSHUB.CC
Haaa.. sampai sesak jalan raya dibuatnya.. nasib baik ada abang-abang polis yang mengawal keadaan agar lebih lancar!Tak kira panas terik, orang ramai tetap tidak mahu terlepas mengunjungi gedung IKEA yang baru dibuka.Pintu gerbang gudang dengan sepanduk besar yang bertulis ‘Selamat Datang’ dalam bahasa Sweden.Orang ramai sibuk mencari kelengkapan rumah dengan harga yang berpatutan!
Antara anak-anak kecil yang hadir dengan ibu bapa mereka. Bukan main seronok lagi main sama-sama macam dalam bilik sendiri. Eh.. Adik ni sempat main masak-masak pula! Antara ruangan hiasan dalaman rumah yang ada di IKEA Cheras! Jom sama-sama kita kunjunginya.Selepas penat berjalan membeli-belah..jangan lupa singgah makan bebola daging IKEA yang popular di sini.Selain bebola daging, di IKEA juga terdapat menu-menu istimewa yang sangat menyelerakan.Tersenyum lebar..antara pengunjung yang gembira dan senang hati selepas mengunjungi gudang itu hari ini.Wow..banyaknya shopping!Alahai..kesiannya adik tu sampai tertidur atas trolley..tapi apa yang penting satu keluarga seronok sebab dapat luangkan masa bersama-sama di IKEA hari ini.