DENGAN sekali lafaz, pelakon Shukri Yahaya kini selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Tya Adnan, sebentar tadi.
Majlis pernikahan pasangan dua sejoli ini berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Pasangan sama cantik, sama padan ini memilih mengenakan busana berwarna putih hasil rekaan Lumiere Concept.
Shukri yang popular menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia ini menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pengantin perempuan. Manakala, jumlah hantaran dirahsiakan.
Terdahulu, Shukri pernah mengeluarkan kenyataan menolak tajaan kerana lebih selesa menggunakan duitnya sendiri untuk majlis perkahwinannya.
“Saya tidak menerima penajaan besar untuk majlis. Ada tapi untuk benda-benda kecil seperti goodies untuk tetamu. Kami lebih senang begini kerana saya lebih suka sesuatu yang ringkas dan menggunakan duit kami sepenuhnya sendiri,” jelasnya.
Pasangan ini dikatakan berkenalan sejak tiga tahun lalu di sebuah lokasi penggambaran.
Tahniah dan semoga bahagia! – MYNEWHSUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=wK6ujmpzLpc&w=560&h=315]