• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hilang 3 Hari, Gadis 15 Tahun Diculik Kenalan Wechat

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Disebabkan terlalu obses, seorang lelaki berusia 21 tahun sanggup melarikan seorang gadis ke rumah neneknya di Ipoh.

Remaja terbabit juga dikatakan mengugut akan menikam mangsa dengan sebilah pisau sekiranya gadis itu enggan mengikut kehendaknya.

Mangsa, Syarifah Nur Syahidah Syed Anwar, 15, dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada Sabtu lalu selepas dia tidak pulang ke kedai bapanya pada jam 11 malam.

Ibu bapa mangsa kemudiannya menyebarkan gambar Syarifah Nur Syahidah di laman sosial bagi mengesan anaknya itu sebelum akhirnya gadis itu dikembalikan ke pangkuan keluarga, petang kelmarin.

Syarifah Nur Syahidah berkata, dalam kejadian Sabtu lalu, dia meminta izin ke kedai serbaneka berhampiran kedai bapanya untuk membeli kad tambah nilai prabayar tetapi malangnya mesin menjual kad tersebut rosak.

“Waktu itu ada kawan sekolah telefon mahu ambil buku yang dipinjamnya berhampiran kedai tersebut.

“Lepas ambil buku, saya nampak lelaki itu ada dekat sini dan dia terus datang ke arah saya sambil acukan sebilah pisau,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan memaksanya menaiki motosikal yang ditunggang dan mengugut mahu menikamnya sekiranya tidak mengikut arahan.

“Kerana takut, saya pun ikut naik motor lelaki itu. Dia terus bawa saya ke rumah neneknya di Ipoh dan dikurung di sana.

“Hari Isnin saya ikut dia keluar beli kad tambah nilai dan waktu itu saya cuba larikan diri tapi berjaya ditangkap serta dibawa semula ke rumah neneknya,” katanya.

Syarifah Nur Syahidah berkata, dia mengenali lelaki berkenaan sejak enam bulan lalu menerusi aplikasi Wechat.

“Saya anggapnya sebagai kawan saja dan berhubung melalui Wechat sama macam rakan-rakan lain,” katanya.

Sementara itu, bapa Syarifah Nur Syahidah, Syed Anwar S. A. Jhan, 45, berkata, dia dan isterinya Faridah Harun, 38, bersyukur kerana anak perempuannya itu ditemui selamat selepas hampir tiga hari hilang.

“Waktu malam anak saya hilang itu, dia ada hantar SMS ‘Abah tolong’.

“Hati ayah mana yang tak risau anak hilang. Semalaman saya cari dia yang penat sebab tolong saya berniaga di kedai. Nur Syahidah juga tak jamah sebarang makanan lagi ketika itu,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini anaknya itu pernah mengikut adik perempuan remaja tersebut menghadiri satu majlis perkahwinan di Ipoh dan bermalam di sana.

“Saya tak syak apa-apa sebab yang datang minta kebenaran untuk bawa anak saya ke majlis itu adalah perempuan.

“Semasa di balai polis, lelaki itu cakap dia terlalu sayangkan anak saya, tapi anak saya cuma anggap dia kawan biasa,” katanya.

Syed Anwar berkata, dia bersyukur kerana sepanjang anaknya dikurung, remaja itu tidak diapa-apakan selain makan minumnya turut dijaga. – Sinar Harian Online

Tags: kes culikwechat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd