• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Facebook Bertindak Tegas ‘Haram’ Akaun Alvin Tan

oleh
17/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASANYA semua orang di Malaysia (kecuali yang tidak pernah langsung mengikuti isu semasa) pasti kenal sangat dengan si Alvin Tan ini yang sentiasa glamor dengan pelbagai isu kontroversi panas sejak lebih setahun lalu.

Kebiadapan lelaki berusia 27 tahun mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia serta seluruh dunia kerana tindakan kurang ajarnya menghina agama Allah itu menerusi pelbagai posting dalam akaun media sosialnya.

Ironi dia tetap tidak serik bercelupar demi kononnya itu adalah kebebasan hak asasi manusia yang perlu dihormati semua pihak waima sengaja menimbulkan provokasi keterlaluan yang menyentuh isu-isu sensitif keagamaan.

Meskipun pernah dihadapkan ke mahkamah tahun lalu di bawah Akta Hasutan bersama-sama dengan kekasihnya, Vivian Lee, Alvin berjaya melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) dan aktif ‘berkarya’ seni kreatifnya dari sana.

Di sebalik banyak laporan polis dibuat termasuk tindakan tegas pembatalan pasport antarabangsa dirinya oleh Jabatan Imigresen Malaysia, dia tetap angkuh dan meneruskan posting yang berbaur lucah serta amat biadap.

Terbaharu, penulis blog ini memuat naik kiriman yang memaparkan dia berbangga membaca al-Quran di dalam tandas dan kemudian mencuci najisnya dengan mushaf kitab suci tersebut kerana konon kehabisan tisu jamban.

wm1

Namun, tanpa disedari mungkin itulah posting terakhir Alvin menerusi Facebook sebelum dilaporkan telah ‘dikeluarkan’ pentadbir laman sosial popular itu kerana didakwa bertentangan dengan piawaian komunitinya.

MYNEWSHUB dimaklumkan mengenai berita gembira berkenaan pada Sabtu dan alasan utama pihak Facebook sendiri mengharamkan akaun Alvin itu dinyatakan kerana didapati memaparkan bahan yang berunsur lucah.

Apa yang menarik, menurut kenyataan Facebook, tiada sesiapa pun buat laporan mengenai akaun bekas warga Malaysia ini dan itu bermakna ia dipadam pentadbir laman tersebut berdasarkan pemantauan mereka sendiri.

Ternyatalah jika si Alvin ini mungkin menyangka dia mendukung kebebasan mutlak tanpa had batasan, tetapi terlupa pihak pentadbir Facebook yang berpangkalan di AS sendiri pun jelik melihat siri posting biadapnya itu.

Mungkin dia terlepas hukuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana kebijakannya, namun tidak sedar pihak Facebook turut memantau kegiatan Alvin yang boleh menjejaskan imej kredibiliti laman itu.

Jangan pula dia hendak menyalahkan kerajaan Malaysia atau umat Islam pula kerana penutupan akaun Facebook dirinya itu adalah disebabkan oleh ‘kejahatan’ aksi tangannya sendiri selama ini. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Alvin Tan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Keganasan Antara Fokus Utama G20 Susulan Insiden Paris

Next Post

Malaysia Tidak Biarkan Keganasan Berlaku

Related Posts

‘Soal Kepercayaan Tak Boleh Dipaksa’

02/07/2018
0

GARA-GARA kerap bawa watak lelaki Islam, pelakon yang semakin menyerlah menerusi drama Melayu, Alvin Chong pernah didesak segelintir peminat supaya...

Vivian Lee Letak Semua Kesalahan Terhadap Bekas Teman Lelakinya

11/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa bekas teman wanita kepada blogger, Alvin Tan, meletakkan semua kesalahan terhadap...

Next Post

Malaysia Tidak Biarkan Keganasan Berlaku

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd