• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Ini Layan Pesakit Warga Emas Bak Ayahnya Sendiri

oleh AK-47
18/11/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA anda masih ingat siri televisyen popular bertajuk ‘House’ yang disiarkan Astro, ia pasti merupakan salah satu siri televisyen kegemaran pelajar-pelajar perubatan.

Siri ini berkisar tentang kehidupan seharian seorang pakar diagnosis yang sangat hebat, iaitu Dr House.

Tetapi malangnya, watak tersebut yang dilakonkan oleh Hugh Laurie kadangkala amat menjengkelkan, bukan sahaja kepada rakan-rakan doktor malah para pesakit juga.

Cuba kita bayangkan jika Dr. House ini wujud di alam realiti, kami percaya sudah pasti beliau tidak akan bertahan lama dalam kerjayanya sebagai seorang doktor.

Namun sebuah kisah mengenai seorang doktor di Muar yang mempunyai watak yang sangat berbeza dengan Dr. House amat menarik perhatian kami.

Menerusi sebuah pautan gambar yang dimuat naik oleh saudara Sham Kapt, beliau menceritakan pengalaman ketika bapanya yang merupakan pesakit di Hospital Muar, dilayan begitu baik oleh seorang doktor yang dikenali dengan nama Dr. Iqbal.

Jom kita ikuti kisahnya yang kini giat diperkongsikan netizen di media sosial.

Untitled3

Saya rasa saya patut sebarkan perkara ini. Kisah yang patut di jadikan teladan. Dr iqbal yg bertugas di hospital Muar. Semalam ayah saya agak kritikal. Adik beradik dah berkumpul, takut takut jika ada sebarang kemungkinan.

Alhamdulilah pagi ni keadaan semakin baik..Dr iqbal datang pagi ini. Ayah yg pada mulanya tak boleh bangun. Bila Dr iqbal datang dengan ceria, dan penuh mesra. Layanan yang seperti anak sendiri. Ayah senyum dan nampak ada kekuatan dan Dr buat ayah boleh bangun dan cuba berjalan.

Yang paling Menakjubkan ayah boleh berjalan ..kelebihan Dr iqbal. Mulutnya sentiasa ucapkan BISMILLAH. terima kasih Dr.. Kami sangat hargai. Semoga jadi teladan kepada yg lain.

Semoga Dr ini mendapat pengiktirafan yg sepatutnya dari pihak atasan. Dan semoga ALLAH memberi kebaikkan di dunia dan akhirat.

Sememangnya tugas seorang doktor bukan hanya untuk merawat penyakit yang dihidapi pesakit sehingga sembuh, malah yang lebih penting adalah untuk memberi jaminan dan harapan kepada para pesakit terutama mereka yang mungkin sedang bertarung nyawa dengan penyakit-penyakit kritikal.

Syabas kepada Dr Iqbal kerana memberikan contoh dan tauladan yang baik kepada semua.-MYNEWSHUB.CC

Tags: doktorkisah teladanteladan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

Polis Terima Satu Lagi Laporan Terhadap Doktor Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh

08/03/2025
1

GEORGE TOWN - Polis menerima satu lagi laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa kepada seorang doktor perubatan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd