• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa ‘Joli’ Duit Anak Yatim, Jamil Khir Buat Laporan Polis

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, di sini hari ini berhubung dakwaan beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara.

Beliau tiba di IPD Putrajaya pada pukul 2.30 petang bersama peguam, Adnan Seman @Abdullah dan beberapa pegawainya.

Jumaat lepas, portal berita The Malaysian Insider melaporkan dakwaan Pengarah NOW (National Oversight and Whistleblowers) Akmal Nasir mengenai lawatan Jamil Khir dan mendedahkan beberapa dokumen yang merujuk kepada perbelanjaan menteri itu ke luar negara untuk menghadiri program yang dibiayai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pada hari sama, Jamil Khir menjelaskan bahawa lawatannya ke Amerika Syarikat pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama YaPEIM dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Amerika, termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika serta Kanada.

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis, Jamil Khir berkata dakwaan Akmal mengenai program di Amerika Syarikat bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim merupakan satu fitnah jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan integriti selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Saya mengarahkan peguam mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah NOW (Akmal) yang melakukan fitnah jahat dan tuduhan keji kepada saya.

“Saya sentiasa bersedia dan terbuka untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku,” katanya.

Ditanya sekiranya Akmal enggan meminta maaf, Jamil Khir berkata “kita jumpa di mahkamah”.

Dalam laporan polis itu, Jamil Khir berkata Akmal secara sengaja memfitnah dan dengan niat jahat mencadangkan kepada umum bahawa beliau seorang menteri yang korup, mencuri dan menyalahgunakan duit anak yatim dan tidak amanah.

“Ini satu serangan terhadap saya di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai menteri,” katanya.

Sementara itu, Adnan berkata pihaknya (Adnan Sharida & Associates) akan mengeluarkan satu lagi surat tuntutan esok (Isnin) bagi mengarahkan Akmal menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara lisan dan bertulis.

“Kita akan beri Akmal dua hari (menarik balik kenyataan, memohon maaf) Jika gagal, kita akan memfailkan saman di mahkamah…paling lewat pada Jumaat,” katanya.

– BERNAMA

[wpdevart_youtube]UbfRGkryT-g[/wpdevart_youtube]

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Bangladesh Maut Dikelar Rakan

Next Post

Video: Murid Tahun 6 Dibuli Beramai-Ramai Di Terengganu

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

Next Post

Video: Murid Tahun 6 Dibuli Beramai-Ramai Di Terengganu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd