• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan: Sebanyak RM5.6 Juta Kompaun Dikenakan Terhadap Lori Bauksit

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak RM5.6 juta nilai kompaun telah dikeluarkan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan terhadap lori-lori mengangkut bauksit yang didapati melanggar pelbagai peraturan dalam tempoh sejak akhir tahun lepas sehingga awal bulan ini, Dewan Negeri Pahang diberitahu.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 104,537 buah lori telah diperiksa dan daripada jumlah itu sebanyak 5,028 lori dan 20 buah jengkaut telah disita dan dikenakan kompaun.

Menurutnya antara agensi terlibat ialah Pejabat Tanah dan Galian yang menyita 213 buah lori, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (dua buah lori disita), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) (628 buah lori dikompaun) dan Majlis Perbandaran Kuantan (577 lori disita).

“Memang ada tindakan penguatkuasaan, tetapi tidak mencukupi dan ada kelemahan di sana sini. Pihak berkuasa pernah cuba menjalankan penguatkuasaan 24 jam selama dua bulan dan dalam tempoh itu kita nampak memang ada pengurangan (pencemaran dan pelanggaran undang-undang).

“Namun selepas operasi terhenti, keadaan jadi macam biasa semula seperti sebelum operasi dilakukan,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini, Selasa.

Adnan berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar) mengenai syarikat pengeluaran mineral yang tidak mengikut peraturan sehingga berlaku pencemaran selain bilangan syarikat yang masih menjalankan perlombongan bijih besi.

Katanya kelemahan dalam beberapa hal tertentu termasuk penguatkuasaan menyebabkan lori-lori bauksit tidak pernah serik untuk melakukan kesalahan.

“Ada lori yang telah mempunyai banyak saman, namun walaupun tidak membayar saman ini, mereka masih lagi dapat memperbaharui cukai jalan, ini menampakkan sedikit sebanyak ada kelonggaran daripada aspek penguatkuasaan,” katanya.

Adnan berkata dalam masa yang sama, kerajaan negeri ini berusaha mencari satu mekanisme terbaik bagi mengatasi masalah pencemaran habuk di jalan raya akibat kegiatan pengangkutan bahan mineral itu serta kaedah rawatan air sebelum ia disalurkan ke sungai-sungai berhampiran.

Sementara itu katanya, setakat ini sebanyak lima syarikat masih menjalankan aktiviti perlombongan bijih besi di negeri ini dengan melibatkan kawasan seluas 250 hektar. – BERNAMA

Tags: bauksitDewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jamil Khir Tuntut Akmal Minta Maaf, Tarik Kenyataan, Atau…

Next Post

Putri Mardiana, Pasangan Mengaku Bersalah Berkhalwat

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

05/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini 'panas' dengan pertikaman lidah membabitkan dua Ahli Parlimen daripada blok kerajaan. Pertikaman lidah tercetus...

Dewan Rakyat Kecoh, Pendang Tuduh Kor Ming Tipu Isu Sampah 20 Tan Selepas Himpunan

Dewan Rakyat Kecoh, Pendang Tuduh Kor Ming Tipu Isu Sampah 20 Tan Selepas Himpunan

28/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Isu 20 tan sampah yang ditinggalkan peserta himpunan pembangkang di ibu negara Sabtu lalu mencetus kekecohan apabila Ahli...

Next Post

Putri Mardiana, Pasangan Mengaku Bersalah Berkhalwat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd