• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Kecoh Isu Penggunaan Bahasa Inggeris

oleh Ahmad Albab
17/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesi perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh dengan pertikaman lidah beberapa anggota Parlimen berhubung penggunaan Bahasa Inggeris di dewan itu.

Keadaan bermula apabila Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri mengemukakan soal hak anggota parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk berucap dalam Bahasa Inggeris.

Beliau yang memulakan ucapan perbahasannya dalam Bahasa Malaysia, kemudian beralih ke Bahasa Inggeris menyatakan hak itu terkandung dalam Perlembagaan Malaysia.

“I wish to set the record straight that in particular that in respect of the right for member of parliament from Sabah and Sarawak, we are entitled to use the English languge in this House,” katanya.

(Saya ingin menjelaskan khususnya berhubung anggota parlimen dari Sabah dan Sarawak, kami diberi hak menggunakan bahasa Inggeris di Dewan ini).

Bagaimanapun Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mencelah dan menyatakan kepada Chong bahawa ucapan dalam Bahasa Inggeris hanya dibenarkan dengan izin speaker.

Namun, penjelasan Kiandee itu tidak diendahkan Chong dan meneruskan ucapannya dalam Bahasa Inggeris dan membacakan perenggan dari Artikel 161 Perlembagaan Malaysia mengenai hak Sabah dan Sarawak.

Tindakan itu bagaimana tidak disenangi Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang bangkit dan mempersoalkan tindakan Chong ke atas isu itu dan berkata ia tidak berkaitan isu rakyat.

Pertikaman lidah antara kedua-dua mereka kemudian berlangsung dengan beberapa wakil rakyat termasuk Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bangkit mencelah dan menegaskan tidak semua rakyat di Sabah dan Sarawak faham bahasa Inggeris.

Kiandee kemudian menenangkan keadaan dan menjelaskan sekali lagi bahawa ucapan dalam Bahasa Inggeris perlu mendapat izin speaker.

Chong bagaimanapun meneruskan ucapannya dalam Bahasa Inggeris berkenaan isu tersebut sebelum Tiong mencelah dan pertikaman lidah meletus semula.

Chong menamatkan ucapannya selepas menghabiskan tempoh 10 minit ditetapkan Speaker. – BERNAMA

Tags: Bahasa InggerisDewan Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

Usul Had Tempoh PM 10 Tahun Gagal Diluluskan Di Parlimen Satu Tamparan Hebat Dan Memalukan

02/03/2026
0

Memalukan dan tidak pernah berlaku apabila usul pihak kerajaan gagal diluluskan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd