• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan: Bajet Kedah Jamin Kesinambungan Kemakmuran Rakyat

oleh Ahmad Albab
16/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah hari ini membentangkan Bajet 2016 berjumlah RM794,107,227 sebagai perbelanjaan mengurus.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata daripada jumlah itu RM261,036,085 diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan termasuk RM184 juta caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan bagi melaksanakan projek pembangunan.

Ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Undangan Negeri di sini Isnin, Kedah menganggarkan hasil RM721,653,021 dengan hasil cukai sebagai penyumbang terbesar iaitu anggaran kutipan RM441,571,545 atau 61.9 peratus.

Mukhriz berkata dengan mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan kerajaan, sebanyak RM72,482,482 defisit dianggarkan dalam Bajet 2016 berbanding RM68,460,960 pada 2015.

Menteri Besar itu menggariskan lima teras pembangunan negeri dalam Bajet 2016 iaitu penyediaan infrastruktur bagi meningkatkan keselesaan rakyat, pembangunan modal insan, sosial dan agama, kemakmuran rakyat, menggalakkan pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh urus tadbir negeri.

“Dalam Bajet 2016 kerajaan negeri tidak menyediakan peruntukan untuk projek-projek fizikal yang berskala besar sebaliknya menumpukan kepada kerja-kerja menaik taraf dan pemantapan prasarana awam sedia ada,” katanya.

Mukhriz berkata kerajaan bersetuju memulakan projek menggantikan jambatan sempit di Sungai Berok, Kampung Gajah Putih, Sik; jambatan Jalan Datuk Kumbar di Kota Setar serta jambatan Kuala Pegang di Baling dengan peruntukan RM25 juta.

Dari aspek pembangunan modal insan, kerajaan negeri juga, katanya, akan meneruskan pembayaran pinjaman bagi pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil sebanyak RM45 juta setahun selain pemberian mengurus kepada KUIN sebanyak RM11.5 juta.

Sebanyak RM2 juta juga diperuntukkan bagi menyiapkan fasa kedua projek pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kulim selain merancang pembangunan fasa ketiga Maahad Tahfiz melalui peningkatan kemudahan fizikal seperti blok akademik, asrama, serta blok pentadbiran berjumlah RM14 juta.

Dalam konteks kemakmuran rakyat, sebanyak RM6 juta diperuntukkan bagi program peningkatan pendapatan usahawan dan peniaga kecil termasuk membina dan menaik taraf ruang niaga di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Kerajaan tetap meneruskan peranan Unit Pembangunan Usahawan Kedah dengan pemberian tahunan sebanyak RM1.5 juta bagi memainkan peranan melalui pelbagai program bimbingan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KedahMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd