• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Peruntuk RM150,000 Baik Pulih Pasar Basah Taman Ikan Emas

oleh Ahmad Albab
29/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memperuntukkan RM150,000 bagi membaik pulih pasar basah Taman Ikan Emas, Cheras di sini.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk P. Gunaseelan berkata, pasar tersebut yang didirikan sejak 1992 dilihat mengalami masalah sistem saliran tersumbat, bumbung bocor dan kondisi pasar yang kurang selesa.

Katanya, pasar seumpama ini perlu dibaik pulih ekoran ia merupakan satu-satunya pasar basah yang menjadi pilihan buat penduduk Taman Ikan Emas.

“DBKL sudah pun memulakan kerja pada bulan ini dengan membaik pulih longkang pasar, menggantikan bumbung yang bocor dan membaik pulih setiap lot peniaga yang sudah rosak dan ia dijangka siap sepenuhnya bulan depan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan rumah terbuka Deepavali yang dianjurkan persatuan pasar itu, di sini hari ini.

Gunaseelan berkata pihaknya juga akan menyelaraskan nama penyewa lot di pasar tersebut ekoran terdapat beberapa lot didapati pemiliknya tidak lagi aktif dan ada yang sudah meninggal dunia.

“Oleh itu, peniaga yang berniaga di luar kawasan pasar itu akan diberi tempat untuk meniaga di dalam pasar,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Ikan Emas, Seow Chen Foo meluahkan rasa lega apabila inisiatif DBKL untuk memulihkan kembali kondisi pasar itu, sekali gus akan merancakkan lagi perniagaan pasar.

“Sekarang ini, peniaga mengadu yang keadaan pasar tidak baik, perniagaan pun jatuh sikit.

“Lebih-lebih lagi sekarang musim hujan, air masuk ke dalam pasar dan bertakung sebab bumbung bocor, saliran longkang pun ada tersumbat,” katanya. – BERNAMA

Tags: DBKLpasar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd