• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Anda Yang Ingin Berjimat, Jom Serbu Gerai ‘Nasi Kaya’ Ni

oleh AK-47
26/11/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBIASAANNYA, sepinggan makanan tengah hari yang berlauk ayam, ikan dan sayur adalah dalam lingkungan RM6 ke RM7.

Itulah hakikat yang dilalui sekarang di mana harga kos semakin meningkat dan secara tidak langsung kita perlu ‘hadap’ juga.

Namun, kisah orang kelainan upaya (OKU) di Perak yang menjual sebungkus nasi dengan harga yang begitu murah amat menarik perhatian kami.

Mohammad Farul Mohammad, 37 tahun; yang menjalankan perniagaan ‘Nasi Kaya’ dengan harga RM3 sebungkus membuatkan gerainya tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.

kaya2
Tak menang tangan dibuatnya!

Disebabkan harganya yang sangat murah, ramai pelanggan yang sanggup beratur selama 20 minit semata-mata mendapatkan sebungkus nasi istimewa ini yang terletak di tepi jalan di Jalan Pari, Manjoi.

Apa yang istimewa mengenai nasi kaya selain harganya yang murah? Ini rahsianya…

“Saya belajar melalui Internet. ‘Guru’ saya itu bagi resepi ikut sukatan yang betul. Apa yang menarik, semua masakan ini jika pelanggan rasa manis, itu adalah manis madu, bukannya gula.

“Kadang-kadang saya tambah sedikit bahan-bahan lain yang dibenarkan oleh guru yang mengajar saya itu,” katanya yang dipetik daripada laporan portal Perak Silver Youth.

kaya
Orang ramai beratur bagi mendapatkan Nasi Kaya.

Menurut Farul, dia sebelum ini merupakan seorang pensyarah Teknologi Maklumat di sebuah kolej swasta, namun terpaksa berhenti akibat masalah penglihatan penyakit strok dalaman (lubang kecil pada otak).

Kekurangan yang dialami sejak 2013 itu tidak mematahkan semangatnya, malah berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan yang prihatin, dia membuka perniagaan Nasi Kaya ini.

Orang ramai sendiri mempunyai pilihan untuk membeli Nasi Kaya ini sama ada Nasi Kaya RM3 (dua jenis lauk), Monster Pack (empat jenis lauk) atau Monster Pack Special (5 jenis lauk).

k

Setiap set hidangan malah akan disertakan sekali bersama-sama dengan sayur dan papadom.

Walaupun ada yang berpendapat Nasi Kaya yang dijualnya terlalu murah, namun menurut Farul dia masih lagi memperoleh keuntungan walaupun sedikit. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook RM3 Nasi Kaya

Tags: masyarakatterbaik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

LHDNM Terus Cakna Bantu Masyarakat

LHDNM Terus Cakna Bantu Masyarakat

23/07/2022
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) baru-baru ini menyampaikan bantuan menerusi program Hasil Kasih Prihatin 2022 kepada Sekolah Kebangsaan (SK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd