• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bingung Lihat Dunia Lepas 44 Tahun Dalam Penjara

oleh
28/11/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK — Otis Johnson kelihatan tercengang kebingungan ketika dia mula menghirup udara segar bebas untuk kali pertama setelah menjalani hukuman penjara selama 44 tahun di bandar raya digelar Big Apple ini.

Lelaki tempatan berusia 69 tahun ini menceritakan pengalamannya kepada stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera, ketika ditemui pada Rabu lalu bahawa dunia di luar penjara langsung telah berbeza selepas empat dekad.

Dia menceritakan bagaimana keliru ketika berjalan-jalan di kota terbesar Amerika Syarikat itu dan melihat ramai orang memakai telefon pintar, sejumlah minuman berwarna-warni, dan gaya aksi pejalan kaki seperti zombie.

Otis-Johnson1

“Penjara telah banyak mempengaruhi kehidupan diri saya selama ini. Saya berasa cukup sukar apabila kembali ke dunia luar kerana banyak hal yang didapati telah jauh berubah,” ujar Otis ketika mula membuka ceritanya itu.

Dia memberi contoh keadaan orang ramai berjalan dengan headset atau penutup kepala di telinga mereka, bahkan masih lagi boleh bergerak pantas tanpa memperhatikan keadaan jalanan yang cukup sibuk pada waktu puncak.

Otis bingung bagaimana masyarakat ketika ini dapat melakukannya begitu sahaja dengan mudah. Namun, warga emas ini bertekad untuk tetap berfikiran positif kerana sedar dunia berubah sepanjang dia dikurung di penjara.

“Saya ingat ramai orang ini menjadi perisik CIA kerana pada zaman saya, itulah yang sering dipakai ejen rahsia di telinga mereka ketika bekerja. Ketika saya melihat dengan lebih dekat, baharu saya menyedari, itu adalah headset,

“Juga sesuatu yang berkaitan gajet dengan apa yang namanya disebut iPhone itu,” cerita Otis sambil mengimbau pengalaman lucu kali pertama semasa dia masuk mengunjungi sebuah pasar raya di kawasan kejiranannya.

Lelaki kulit hitam ini mendakwa dia melihat begitu banyak jenis makanan dan minuman berwarna-warni yang belum pernah dilihatnya selama hidup. “Susah untuk memilih yang mana satu akan saya beli,” ujar beliau lagi.

Otis kemudian dengan sedih turut bercerita bahawa hal yang paling sukar baginya adalah ketika ia kehilangan hubungan daripada semua ahli keluarganya sendiri, yang kali terakhir melawatnya di penjara ialah pada 1998 lalu.

Otis-Johnson2

“Susah bagi saya kehilangan ramai insan yang saya amat cintai semasa zaman muda. Saya merindukan diri mereka, tetapi tidak tahu bagaimana hendak mencarinya. Saya kini tiada orang yang boleh diajak untuk berbicara.

“Kita tahu bahawa kadang-kala kita harus mengabaikan hal-hal yang sudah terjadi pada masa lalu. Kemarahan akan menghalang proses kemajuan. Saya berusaha melihat ke depan untuk terus bertahan di dunia ini,” tuturnya.

Dia dihukum pada usia 25 tahun kerana kesalahan cuba membunuh seorang pegawai polis dan ketika dibebaskan, pihak penjara memberinya wang saku sebanyak AS$40 (RM170), dua tiket bas serta kad pengenalan milik dirinya.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Penjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd