• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Yakinkan Anak Tidak Takut Serangan Di Paris

oleh AK-47
19/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERIKUTAN insiden memilukan berlaku di Paris pada Jumaat lalu, seorang bapa yang cuba mengembalikan semangat dan keberanian dalam diri anaknya ketika ditemu bual telah menyentuh perasaan netizen.

Seorang wartawan tempatan yang cuba bertanyakan soalan kepada anak kecil dan bapanya mengenai kejadian yang berlaku di sekitar kota itu baru-baru ini malah dilihat terharu dengan perbualan anak-beranak itu.

Sudah pasti keganasan yang meragut ramai nyawa penduduk di ibu kota Perancis itu telah membuatkan anak kecil tersebut berasa takut, terancam dan tidak selamat untuk tinggal lagi di situ.

Namun, kehadiran bapanya di sisinya telah mengembalikan semula kepercayaannya terhadap kekuatan cinta atau kasih-sayang berbanding kebencian.

“Ya… mereka sangat jahat… orang jahat itu benar-benar tidak perikemanusiaan.

“Kita kena berhati-hati kerana kita perlu pindah dari tempat tinggal kita,” kata anak kecil itu.

22

Walau bagaimanapun, bapanya yang turut berada di situ memberi semangat baru dan cuba meyakinkannya kembali bahawa kasih-sayang boleh melindunginya daripada keganasan itu.

“Tidak, jangan bimbang… kita tak perlu pindah dari tempat tinggal kita, Perancis adalah rumah kita,” kata bapanya.

“Nampak semua bunga itu? Ia akan menentang kesemua senjata,” tambahnya.

Dengan segera, tanggapan dan persepsi anak kecil itu kembali berubah dan menjadi lebih positif seperti kanak-kanak yang lain.

Video yang mula viral itu telah menyentuh perasaan orang ramai dan ketenangan bapa anak kecil itu memujuk anaknya juga mendapat pujian ramai. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Bapakanak-kanakParisvideovideo viral
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd