KEROSAKAN peranti akibat terjatuh adalah jenis kerosakan yang paling banyak berlaku dan dialami sekurang-kurangnya sekali oleh pemilik.
Jika anda bernasib baik, peranti hanya akan tercalar namun sekiranya kurang baik, peranti anda akan retak atau kemik mengakibatkan kos baik pulih yang tinggi.
Seperti yang diketahui semakin mahal harga peranti, semakin mahal lah harga alat gantinya.
Oleh sebab itu, kami mengesyorkan anda menggunakan casing bagi mengelakkan anda menyesal di kemudian hari.
Bercakap mengenai masalah peranti terjatuh ini, Apple kini mempatenkan sebuah lagi sistem kecemasan yang mengelakkan kerosakan apabila peranti terjatuh.
Sebelum ini kami ada memaparkan sistem pelindung skrin yang mereka patenkan, paten terkini mempunyai empat bucu khas pada setiap penjuru peranti.
Apabila peranti dikesan sedang terjatuh oleh accelerometer, keempat-empar penyerap hentakan ini akan terkeluar secara automatik.
Setiap darinya mempunyai sistem spring yang akan menyerap tenaga kinetik yang dihasilkan.
Bucu khas yang diperbuat daripada bahan busa ini juga membolehkannya ia berfungsi sebagai pelampung apabila peranti terajuh ke dalam air.
Dengan paten ini Apple bukan sahaja mempunyai sistem menyerap hentakan malah turut berfungsi sebagai pelampung kecemasan.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: APPLE INSIDER


