• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akui Dikasari Pelakon Lelaki, Shenty Tarik Balik Laporan Polis

oleh AK-47
12/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-baru ini terdapat desas-desus menyatakan wajah pengacara program HLive, Shenty Feliziana dipenuhi kesan luka dan lebam.

Bagaimanapun, khabar angin itu akhirnya terjawab apabila tuan empunya badan sendiri mengaku dirinya telah dikasari.

BACA: Sudah Putus Asa, Syazwan Zulkifly Nekad Berhenti Berlakon

Trauma dengan kejadian itu, Shenty yang merupakan pelakon dari Singapura bertindak membuat laporan polis di Balai Polis di Kuang, Selangor pada 27 Oktober lalu atas faktor keselamatan diri.

Menurut Shenty, ketika kejadian dia dihantar oleh pelakon lelaki berkenaan ke tempat kerja sebelum dia ke lokasi penggambaran drama 2000KM ke Al Haram.

“Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak berbincang mengenai lanjutan hubungan kami.

“Saya rasa perbalahan antara kami jadi agak tertekan… dan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu yang saya boleh kongsikan,” katanya kepada BH Online.

Namun, beberapa hari selepas kejadian, Shenty memberitahu dia telah menarik balik laporan polis yang dibuat dan memilih untuk memaafkan pelakon lelaki itu sebelum pulang ke Singapura untuk bertemu keluarganya.

Sebe
Sebelum ini, Shenty pernah dikaitkan dengan pelakon Syazwan Zulkifly.

“Pada hari kejadian, saya memang mengambil masa yang lama di balai polis untuk membuat laporan polis. Ketika itu saya ditemani rakan setugas. Oleh kerana memikirkan saya sendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga, saya nekad membuat laporan polis.

“Keputusan menarik balik laporan polis itu kerana beberapa sebab, termasuk hal kesihatan membabitkan bapa beliau (pelakon berkenaan) yang menghidap sakit jantung.

“Saya dan keluarga tidak sanggup menyusahkan keluarganya. Keluarga saya sendiri memahami apa yang dirasai keluarga mereka.

“Jadi apa yang terjadi ini, biarlah Tuhan sahaja yang membalas. Saya dan keluarga sudah memaafkan perbuatannya,” katanya.

Dalam pada itu, Shenty berharap dia tidak lagi dikaitkan dengan pelakon tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Shenty Feliziana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Move On, Syazwan Zulkifly Masih Sayang Shenty

03/08/2016
0

PELAKON Syazwan Zulkifly, 29, mengakui dia mash menyayangi bekas teman wanitanya Shenty Feliziana yang merupakan seorang pengacara, walaupun hubungan mereka...

Sudah Putus Asa, Syazwan Zulkifly Nekad Berhenti Berlakon

30/10/2015
0

TIADA angin, tiada ribut, pelakon Syazwan Zulkifly menerusi laman Twitternya baru-baru ini mendedahkan hasratnya mahu berundur daripada bidang lakonan. Pengakuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd