• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Satem Akan Terima Ijazah Kehormat Doktor Dari UNIMAS

oleh Ahmad Albab
09/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pemuliharaan Alam Sekitar oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada majlis konvokesyen ke-19 universiti itu yang akan diadakan bermula Sabtu ini.

Naib Canselor UNIMAS Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata ijazah kehormat itu dianugerahkan kepada Adenan sebagai mengiktiraf sumbangan besar beliau dalam usaha pemuliharaan alam sekitar di negeri ini.

Sebagai contoh, beliau telah meluaskan kawasan yang ditetapkan sebagai taman negara di negeri ini, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Adenan akan menerima anugerah itu daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, yang juga Canselor UNIMAS, pada hari pertama majlis konvokesyen empat hari itu di Dewan Tuanku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA).

Mohamad Kadim berkata sebanyak 3,919 graduan akan menerima ijazah mereka pada konvokesyen tahun ini.

“Mereka termasuk 46 penerima Doktor Falsafah, 301 Sarjana dan 3,572 Ijazah Sarjana Muda,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemUNIMAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Pertama Korban Covid-19 Di Sarawak

09/04/2020
0

SARAWAK hari ini merekodkan seorang lagi korban Covid-19 menjadikan jumlah kes kematian akibat wabak itu di negeri ini kini sebanyak...

Kamal Salih Letak Jawatan Pengerusi Unimas Selepas Dikritik

06/01/2020
0

PETALING JAYA - Ahli ekonomi terkenal Kamal Mat Salih mengumumkan meletak jawatan sebagai pengerusi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) selepas pelantikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd