• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60% Perisa Vape Dijual Di Pahang Mengandungi Nikotin

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Hampir 60 peratus perisa vape atau rokok elektronik yang dijual di pelbagai premis di negeri Pahang dikesan mengandungi nikotin yang melanggar undang-undang ditetapkan.

Pengarah Kesihatan negeri Pahang, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata bagi membanteras penyalahgunaan itu, pihaknya menjalankan serbuan bagi memeriksa secara khusus kandungan perisa vape yang dijual bagi memastikan ia mengikut peraturan.

“Kita sudah menghantar sampel kandungan vape dari seluruh negeri ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dengan lebih tepat dan keputusannya bakal diketahui dalam masa terdekat iaitu awal bulan depan.

“Peniaga yang menjual perisa vape mengandungi nikotin akan didakwa di mahkamah mengikut Akta Racun 1952. Ini kerana tiada satu nikotin dalam perisa vape yang dilesenkan Kementerian Kesihatan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Jantung Sedunia peringkat negeri di sini hari ini.

Dr. Zainal Ariffin berkata pihaknya tidak boleh menguatkuasakan larangan menghisap vape di kawasan larangan merokok seperti di pusat beli-belah kerana belum diwartakan dalam undang-undang.

“Sementara menunggu undang-undang dipinda, kita akan melaksanakan kempen pendidikan mengenai bahaya menghisap vape yang kesannya sama seperti merokok terutama di kalangan generasi muda.

“Kita akan melancarkan satu kempen yang pengisiannya berkaitan dengan vape dan ia bakal dilancarkan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang juga menjadi kawasan larangan merokok,” katanya.

Sementara itu, Dr. Zainal Ariffin dalam ucapannya meminta masyarakat terutama yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung seperti mengalami diabetes, berat badan berlebihan dan berusia 40 tahun ke atas melakukan pemeriksaan berkala di klinik kesihatan.

Beliau berkata usaha itu dilakukan bagi mengelakkan mereka menghidap penyakit jantung dan dapat membuat pencegahan dengan lebih awal. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]sEqy6E-DB9M[/wpdevart_youtube]

Tags: vape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd