Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Petronas Dagangan Akan Bina...

SEPANG - Petronas Dagangan Bhd (PDB) menyasarkan untuk membina lima stesen minyak di...

Anjur Perhimpunan RUU 355:...

KUALA LUMPUR - Pengumuman PAS mahu mengadakan perhimpunan secara besar-besaran bagi menyokong pindaan...

Gambar: Selebriti Wanita Yang...

MENYIMPAN dan tidak mencukur bulu ketiak bukan satu perkara yang janggal jika ianya...

Perlawan Tamat Awal Gara-Gara...

PERNAMPILAN pertama Cristiano Ronaldo bersama Juventus terpaksa ditamatkan lebih awal pada aksi perlawanan...

Butik Nama ISIS Disangka Polis Sebagai Pengganas

SHENZEN — Sebuah butik di Shenzen, wilayah Guangdong, memberi nama kedainya dengan perkataan ISIS menyebabkan ia menarik perhatian ramai penduduk tempatan dan lebih pastinya pihak polis China sendiri.

Pemerintah China baru-baru ini berikrar membawa pengganas ISIS atau Islamic State of Iraq and Syria ke muka pengadilan setelah organisasi pengganas itu membunuh seorang warganya di Syria dan tiga rakyatnya lagi di Mali.

Susulan insiden ngeri tersebut, pihak berkuasa China mula memperketatkan kawalan keselamatan dan mencurigai apa sahaja isu yang berbaur ISIS, termasuk premis busana di bandar raya Shenzen yang memberi nama ISIS.

Namun, ketika melakukan pemeriksaan di butik berkenaan, polis antipengganas tidak menemui sebarang perkara yang boleh mengaitkan pemilik kedai tersebut dengan ISIS malah kesemua pakaian di situ sah ‘Buatan China’.

Baca: TPM – Panggil Militan Ini Daesh Bukan Lagi IS

isis-shop1

Bos premis “ISIS”, Chen Hing memberitahu pihak penyiasat polis tempatan bahawa perkataan “ISIS” itu berasal daripada istilah bahasa Mandarin sendiri, iaitu berbunyi “yisi-yisi” yang boleh membawa pelbagai maksud.

Lazimnya sebutan “yisi-yisi“ boleh digunakan untuk menggambarkan suasana gembira, menarik, berkepentingan, konsep, pembayang, petunjuk atau keriangan bersesuaian mengikut konteks penggunaan sesuatu ayat berkenaan.


Akhbar milik pemerintah China, The People’s Daily melaporkan, Chen, 35 tahun; menjenamakan butik itu yang terletak di 105, Long Chang Street sebagai ISIS sejak tiga tahun lalu setelah diluluskan majlis tempatan sendiri.

Ekoran mencetuskan kontroversi panas, akhirnya Chen segera mengubah papan tanda nama butik tersebut, malah secara jenaka beliau berkata kemungkinan butiknya yang bernama “ISIS” itu tidak bagus untuk operasi bisnesnya.

Isis asalnya rujuk nama dewi terkenal zaman Mesir kuno tetapi dipopularkan militan Asia Barat itu selain IS atau ISIL; sekali gus menyebabkan banyak pihak di seluruh dunia kebetulan memang nama ISIS dianggap pengganas.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori