• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

268 Syor Dikemukakan Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3

oleh Ahmad Albab
23/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 268 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan kerajaan negeri membuat penambahbaikan serta memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 102 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 32 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 134 syor kepada kerajaan negeri.

“Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang program, pembinaan, penyenggaraan, perolehan, pengurusan hasil dan pengurusan syarikat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Isnin.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ambrin berkata dalam Laporan Siri 3 itu, sebanyak 69 pengauditan prestasi dan 16 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.

Selain itu, Kementerian Kewangan turut mengeluarkan Laporan Maklum Balas mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada Ketua Perkhidmatan terhadap isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Ambrin berkata secara keseluruhannya, Jabatan Audit Negara mendapati tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi 2014 masih baik dengan 172 kementerian, jabatan dan agensi mendapat penarafan ‘Sangat Baik’ (4 bintang) berbanding 194 pada 2013 dan 143 pada 2012.

“Pencapaian ini memberi dorongan kepada Pegawai Pengawal untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap pengurusan kewangan,” katanya.

Setiap tahun, Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan prestasi yang bertujuan menilai sejauh mana pelbagai aktiviti dan projek kerajaan dirancang, dilaksana dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal program/aktiviti dan projek itu tercapai.

Ia juga bertujuan untuk menilai sejauh mana wang awam dibelanjakan dengan berhemat tanpa pemborosan dan pembaziran serta mendapat nilai faedah terbaik bagi perbelanjaan yang dibuat.

Kandungan dan sinopsis laporan siri 3 itu boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara di http://www/audit.gov.my mulai hari ini dan sebarang pertanyaan atau pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1 dan 2 dibentangkan di Parlimen masing-masing pada 6 April dan 15 Jun lepas. – BERNAMA

Tags: Jabatan Audit Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara RM1.021 Trilion

14/10/2019
0

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2018 mengesahkan bahawa kedudukan keseluruhan hutang awam dan komitmen kewangan kerajaan adalah berjumlah...

PAC Bentang Laporan Kolej Tentera Udara, Projek Air

14/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah mendapatkan penjelasan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 15 Mac...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd