• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turki Tembak Jatuh Pesawat Tempur Dipercayai Milik Rusia

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA (TURKI) – Media Turki melaporkan pesawat tempur Turki F-16 telah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat tempur yang dipercayai milik tentera udara Rusia.

Media negara itu melaporkan pesawat tersebut ditembak setelah ia didakwa menceroboh ruang udara Turki dan telah diberi amaran sebelum pesawat terbabit ditembak jatuh.

Pesawat berkenaan dipercayai terhempas di satu kawasan di Syria yang berdekatan dengan sempadan Syria-Turki.

Bagaimanapun juruterbang pesawat malang itu dilaporkan sempat keluar daripada pesawat terbabit.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Pertahanan Turki mengesahkan pesawat yang ditembak jatuh itu adalah pesawat jenis SU-24 milik Rusia.

Namun beliau menafikan pesawat itu telah menceroboh ruang udara Turki dan berkata ia masih terbang dalam ruang udara Syria. - Dogan News Agency.

[wpdevart_youtube]IMznJBUsD0E[/wpdevart_youtube]

Tags: pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd