• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamani ‘Lari’ Dari Rumah PENGASIH, Laporan Polis Dibuat

oleh AK-47
20/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS penyanyi kumpulan Slam, Zamani Ibrahim yang sedang menjalani rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah di pusat pemulihan Persatuan PENGASIH Malaysia, Kuala Lumpur dilaporkan telah melarikan diri, malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh Yang Dipertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Yunus Pathi Mohd.

Menurut Yunus, penyanyi Gerimis Mengundang itu menghilangkan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua individu yang tidak dikenali pada pukul 10.26 malam Khamis

“Kereta itu dilihat memasuki kawasan Rumah PENGASIH dan terus berlalu pergi berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup,” katanya kepada Berita Harian.

Susulan itu, Yunus memberitahu, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, satu sumber mendakwa, Zamani, 44 tahun, tiada diperintah oleh pihak mahkamah untuk menempatkannya di mana-mana pusat rawatan, oleh itu soal penyanyi itu melarikan diri tidak timbul.

Terdahulu, Zamani didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Berita Harian

Tags: dadahPENGASIHzamani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd