• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Cemas Kereta Dilarikan Bersama Anak Saudara

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Seorang lelaki melarikan sebuah kereta jenis Perodua MyVi di hadapan sebuah pasar raya di Bandar Penawar dekat sini, dengan seorang budak lelaki berusia empat tahun di dalamnya, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman, berkata dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, mangsa wanita berusia 21 tahun itu sedang memunggah barang ke kereta yang enjinnya masih hidup. Katanya, suspek lelaki berbadan kurus dan memakai cermin mata secara tiba-tiba membuka pintu hadapan dan melarikan kereta mangsa dengan anak saudara wanita berkenaan di dalamnya.

“Bagaimanapun suspek kemudian menurunkan dan meninggalkan kanak-kanak itu di simpang tiga berhampiran stesen minyak Petronas Bandar Penawar di sini.

“Beberapa penunggang motosikal yang berada berhampiran tempat kejadian turut membantu mengejar suspek selepas mendengar jeritan mangsa,” katanya.

Rahmat berkata, suspek kemudian dikejar sehingga ke kawasan ladang kelapa sawit di Felda Adela namun berjaya melarikan diri dalam kebun dan menghilangkan diri.

Katanya, dua penunggang motosikal turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Penawar selepas terjatuh akibat dihimpit suspek semasa mereka mengejarnya.

“Kenderaan mangsa yang dilarikan juga telah dijumpai di tepi jalan Felda Adela dan telah dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjutnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: curi keretamyvi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

09/01/2026
0

Berhati-hati beli kereta secara sambung-bayar terutama melalui Facebook. Malam semalam #YYCC melondehkan scammer sambung-bayar kereta yang telah menipu lebih dari...

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

01/12/2024
0

BESUT: Polis mengejar kenderaan dipandu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd