• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: KLCC Kecoh Bila Beg Pakaian Disangka Bom

oleh AK-47
04/11/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGUNJUNG Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur ataupun lebih dikenali sebagai KLCC pada Sabtu, gempar dengan penemuan tiga beg hitam yang dipercayai mengandungi bom.

Beg tersebut yang diletakkan di ruang pintu masuk utama bangunan pusat beli-belah terkenal di ibu negara itu dilaporkan dijumpai kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Susulan itu, sepasukan polis bersama Unit Pemusnah Bom (UPB) dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat daripada pihak pengurusan KLCC.

Anggota UPB yang lengkap berpakaian kalis letupan dilihat memeriksa beg berkenaan serta melakukan prosedur membabit tekanan bunyi kuat seperti letupan.

Pasukan khas itu bagaimanapun dilihat beredar keluar meninggalkan kawasan tersebut dengan membawa beg berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu.

https://www.facebook.com/878925258853971/videos/925059394240557/

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan objek yang ditemui di beg hitam itu hanyalah berisi pakaian.

“Bagaimanapun, selepas membuat pemeriksaan, kami mendapati beg berkenaan hanya berisi pakaian yang mungkin ditinggalkan.

“Kawasan sekitarnya juga sudah diperiksa dan kini selamat untuk digunakan dan dilalui orang awam,” katanya seperti yang dipetik di Harian Metro.

KLCC pernah digemparkan dengan panggilan bom pada 12 September 2001 yang menyebabkan kesemua petugas di menara itu diarahkan keluar sebelum kemudian disahkan palsu.

Insiden yang turut mendapat liputan luas media antarabangsa itu berlaku sehari selepas peristiwa serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat. – MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=_HkQyICEGeo&w=420&h=315]

Tags: BomKLCC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HOMEDEC 2025 Kembali Di KLCC

HOMEDEC 2025 Kembali Di KLCC

29/10/2025
0

HOMEDEC 2025 Kembali di KLCC:  Inspirasi Reka Bentuk dan Inovasi Rumah Di Bawah Satu Bumbung PAMERAN reka bentuk dan hiasan...

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd