• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usik Kecacatan Caliph Buskers Di Pentas GV2, Nabil Mohon Maaf

oleh AK-47
22/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEK kerana keterlanjuran ketika bergurau, pelawak Nabil Ahmad meluahkan rasa kesalnya kerana tidak sengaja mempersendakan kekurangan ahli kumpulan muzik cacat penglihatan, Caliph Buskers ketika mengendalikan program Gegar Vaganza musim kedua (GV2), Ahad lalu.

Nabil Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Bin Ahmad berkata, selepas insiden itu dia diselubungi perasaan bersalah dan telah memohon maaf secara peribadi kepada ahli kumpulan itu.

AJL29: Idea Edry Satukan Mojo Dan Caliph Buskers Menjadi...!

“Saya rasa sangat bersalah dan telah membuat satu ketelanjuran kata yang cukup melampau kerana mempersendakan kekurangan yang dimiliki ahli kumpulan Caliph Buskers.

“Apabila gurauan tersebut terlepas di atas pentas, ianya mendapat kritikan orang ramai sedangkan ramai yang tidak tahu saya dan ahli kumpulan Caliph Buskers memang selalu bergurau dan lepak bersama.

“Mungkin juga disebabkan terlalu biasa bergurau dengan mereka, perkara yang tidak diingini seperti itu  telah berlaku.  

“Saya ada buat pemohonan maaf secara langsung dalam  program MeleTOP selain turut bersemuka dengan Caliph Buskers sendiri dan mereka agak terkejut apabila saya mohon maaf.

“Sebelum orang kritik lagi saya sedar apa yang saya buat lawak itu salah. Saya minta maaf bukan kerana kritikan orang ramai sebalik kerana merasa tindakan saya sangat melampau,” ujarnya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, Nabil yang baru pulang dari mengerjakan ibadah Haji berjanji akan lebih berhati-hati terutamanya apabila menyentuh hal berkaitan kekurangan seseorang selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=Wcv_HUrxsgI]

Tags: Gegar VaganzaNabil Ahmad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keputusan ‘Sukar’ Terpaksa Dibuat Demi Bajet Seimbang – Najib

Next Post

12,829 Notis Peringatan Dikeluarkan Kepada Penghuni Tidak Asing Sisa Pepejal

Related Posts

Catat Sejarah! GV7 Dinobat Program Muzik, Tarian Terbaik Asia!

06/12/2021
0

PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mencatat sejarah tersendiri apabila membawa pulang anugerah berprestij di Asian Academy Creative Awards...

Hady Mirza, Naqiu Juara Bersama GV6

23/12/2019
0

SHAH ALAM - Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan...

Next Post

12,829 Notis Peringatan Dikeluarkan Kepada Penghuni Tidak Asing Sisa Pepejal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd