• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Sabah Amat Kukuh Walaupun Paling Bongsu

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memuji UMNO Sabah kerana walaupun ia dianggap paling bongsu dalam pergerakan parti itu, namun kedudukannya amat kukuh.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata kekuatan UMNO Sabah dan UMNO, secara keseluruhannya perlu terus dipertahan dan diperkukuhkan kerana kekuatan parti itu amat penting bagi memastikan UMNO yang akan diwarisi generasi akan datang, adalah UMNO yang kuat.

“Kita mesti memastikan UMNO menjadi barisan yang kukuh dalam kita berdepan dengan pelbagai ujian pada masa akan datang,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama UMNO Zon 6 iaitu UMNO Bahagian Tawau, Kalabakan, Semporna dan Silam di Dewan Yayasan Lau Gek Poh Tawau di sini.

Justeru Hishammuddin berkata, dalam menghadapi pelbagai ujian mendatang, anggota dan pemimpin UMNO perlu mengutamakan kepentingan parti terlebih dahulu dalam semua tindakan yang diambil.

Pada masa sama beliau berkata, kerajaan Persekutuan telah dan sedang berusaha untuk menunaikan janji bagi memastikan Sabah mendapat aset keselamatan mencukupi bagi keselesaan rakyatnya.

“Apa yang kita janjikan bukanlah retorik semata-mata, tetapi janji yang telah ditepati,” tegas Hishammuddin.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Yusof Apdal.

Terdahulu, Tawfiq dalam ucapannya turut menegaskan, kerajaan Persekutuan amat prihatin terhadap keselamatan dan pertahanan di Sabah apabila membekalkan pelbagai aset pertahanan dan keselamatan ke negeri ini.

Katanya, ini membuktikan bahawa kerajaan pusat sentiasa mendengar dan prihatin dengan suara rakyat Sabah serta berharap keselamatan di negeri ini akan sentiasa terjamin. – BERNAMA

Tags: UMNOUMNO Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd