• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri Johor, Tunku Aminah Tutup Akaun Instagram

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Instagram miliknya selepas menerima komen negatif kerana didakwa tidak memakai tudung.

Bercakap kepada pemberita buat pertama kali selepas abangnya mempertahankannya daripada kritikan negatif di media sosial baru-baru ini berkata, Tunku Aminah berkata beliau tidak mahu individu yang tidak mengenalinya cepat membuat penilaian mengenai cara beliau berpakaian.

Katanya, semua tindakannya adalah antara beliau dan Allah.

“Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat,” kata puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

“Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini,” katanya.

Tunku Aminah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama-sama sebuah badan kebajikan bukan kerajaan, SPCA Johor Bahru di sebuah hotel di sini.

Selain itu, Tunku Aminah berkata, beliau berterima kasih kepada abangnya terutama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris kerana mempertahankannya daripada kritikan negatif itu.

“Saya mendapat tahu tentang apa yang beliau lakukan selepas membacanya dalam akhbar The Star beberapa hari lalu dan semua saudara-saudara saya memberikan sokongan, saya benar-benar gembira,” katanya.

CHwioDNUkAAqGGI

Mengulas mengenai akauan Instagram, Tunku Aminah berkata, pada mulanya beliau mahu berkongsi pandangan dan buah fikirannya kepada orang ramai.

“Mula-mula saya memuat naik gambar kucing, tetapi orang mula memberikan komen buruk yang menyakitkan hati tentang saya kerana tidak memakai tudung.

“Perkara itu mula berterusan hingga saya merasakan mereka menceroboh ruang peribadi saya.

“Namun selepas menerima nasihat yang baik daripada ibu bapa yang risau tentang keselamatan dan kesejahteraan saya, keputusan diambil untuk menutup semua media sosial,” katanya.

Terdahulu, Tunku Idris mempertahankan adiknya itu dengan berkata bahawa Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan.

Tunku Idris turut menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya. – mStar Online

Tags: instagramTunku Aminah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

07/04/2023
0

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata dia telah memaklumkan kepada Facebook dan TikTok untuk memadamkan video pasangan...

Akses Instagram Disekat Di Rusia

14/03/2022
0

MOSCOW – Pengguna Instagram di Rusia tidak dapat melayari laman media sosial itu hari ini selepas Moscow dilaporkan menuduh syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd