• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuduhan Tak Dibahagi-Bahagikan Atas Nahas MH17

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Malaysia mahupun laporan Lembaga Keselamatan Belanda ((BDS) membahagi-bahagikan tuduhan atau kesalahan berhubung nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai tahun lepas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata baik Malaysia mahupun laporan itu menyalahkan sama ada Rusia atau mana-mana kumpulan pemberontak terbabit dalam aktiviti jenayah itu.

“Dalam kes ini, saya tidak melihat sebarang tuduhan, apa juga terhadap Rusia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Persidangan Khas Parti Politik Asia di Laluan Sutera di sini semalam.

Liow berkata apa sahaja input daripada pihak-pihak berkaitan berhubung tragedi pesawat pada 17 Julai 2014 itu akan diambil perhatian oleh penyiasat teknikal.

Semalam, Duta Rusia ke Malaysia, Valery N Yermolov mendesak Kuala Lumpur menghentikan sikap menunding jari berhubung tragedi itu dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha mencari pelaku sebenar jenayah itu.

Laporan akhir siasatan oleh DBS yang dikeluarkan Selasa lepas antara lain mendakwa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia di ruang udara timur Ukraine.

Pesawat berkenaan, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas dan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh selepas ditembak jatuh di Donetsk, wilayah bergolak di wilayah timur Ukraine. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qjySlZUHNso[/wpdevart_youtube]

 

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Boleh Tarik Diri Jika ‘Kurang Selesa’ Dengan TPPA

Next Post

Kenaikan Tol: Noh Minta Azmin Jangan Cuba Main Wayang

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

Next Post

Kenaikan Tol: Noh Minta Azmin Jangan Cuba Main Wayang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd