• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Tempelak Penulis Blog Fitnah Majlis Kahwin Anaknya

oleh
03/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM budaya masyarakat Melayu, hal-ehwal majlis kenduri perkahwinan anak adalah perkara besar dalam diari hidup mereka, tanyalah mana-mana ibu bapa yang kahwinkan anak… macam mana pentingnya hari tersebut.

Sebab itu apabila kena fitnah mengenai majlis persandingan anak lelakinya di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak laporan seorang penulis blog.

Memetik portal AgendaDaily, Menteri Dalam Negeri itu tanpa sembunyi membidas keras artikel blogger tersebut, Shahbudin Husin yang sebelum ini pernah ‘kantoi’ memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Shahbudin-Husin-najib-umno

Tentu ramai masih ingat penulis ini mendakwa Najib berada di London ketika sambutan Hari Malaysia pada 16 September, walhal semua media arus perdana menyiarkan beliau berada di Sabah dan Sarawak pada tarikh itu.

Kali ini nampaknya Shahbudin masih belum serik lagi apabila terus ‘hentem keromo’ tanpa usul periksa apabila mempersoalkan kisah majlis persandingan meriah anak lelaki Ahmad Zahid di Jakarta, baru-baru ini pula.

Dalam sidang media di Putrajaya pada Khamis, Ahmad Zahid menjelaskan, beliau langsung tidak keluarkan walau sesenpun duit rakyat atau duit poket sendiri untuk majlis resepsi anaknya di ibu kota Indonesia itu bulan lalu.

Beliau malahan juga menegaskan, tidak menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan kunjungan rasmi empat hari ke Indonesia itu untuk kepentingan peribadi sempena bagi menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

“Ya saya membuat kunjungan rasmi ke Indonesia dari 18 hingga 21 September. Adalah kebiasaan bagi Perdana Menteri atau Timbalannya membuat kunjungan rasmi ke negara jiran terutama anggota ASEAN.

“Anak lelaki saya sebenarnya telah berkahwin dengan seorang wanita warga Indonesia di Kuala Lumpur sebelum itu.

“Apabila besan saya, seorang ahli perniagaan Indonesia, mengetahui saya akan ada lawatan rasmi itu, dia telah menganjurkan majlis resepsi untuk anak perempuannya pada sebelah malam 19 September.

“Saya tidak mengeluarkan duit untuk menganjurkan majlis berkenaan kerana ia adalah majlis menyambut menantu yang dianjurkan oleh keluarga pihak pengantin perempuan.

“Saya juga tidak mengeluarkan wang untuk mana-mana Menteri atau jemputan dari Malaysia untuk menghadiri majlis berkenaan.

“Saya tidak mengeluarkan wang untuk melayan sesiapa kerana itu bukan pun majlis saya. Ia majlis anjuran besan saya,” katanya.

safe_image.php

Ahmad Zahid menegaskan perkara itu ketika diajukan soalan oleh seorang pemberita dari portal pro-pembangkang mengenai kesahihan berita sensasi yang disiarkan menerusi blog penulis tersebut.

Sidang media berkenaan asalnya diadakan selepas beliau menyempurnakan majlis perasmian Hari Pendaftaran Negara Ke-67 Tahun dan Hari Inovasi Jabatan Pendaftaran Negara 2015 di Putrajaya pada Khamis.

Shahbudin yang juga bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju dalam blognya mempersoalkan kenapa majlis resepsi itu diadakan pada masa sama Ahmad Zahid mengadakan lawatan rasmi ke republik itu.

“Saya berharap Shahbudin yang saya kenali sejak 1987 janganlah bermain dengan kata-kata apabila mempersoalkannya dan kemudian meminta saya pula untuk membuat penjelasan.

“Dia sepatutnya datang jumpa saya untuk dapat penjelasan. Mengapa dia mahu saya beri penjelasan secara terbuka kerana saya tidak guna atau salah guna wang rakyat,” kata Ahmad Zahid yang jelas terkilan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd