• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Saran Anggota PAC Angkat Sumpah Simpan Rahsia

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan semua anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengangkat sumpah simpan rahsia bagi memastikan kerahsiaan maklumat serta dokumen siasatan jawatankuasa itu sentiasa terpelihara.

Katanya perkara itu telah dibangkitkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana kerajaan berpendapat amalan angkat sumpah simpan rahsia itu sebagai perlu.

“Angkat sumpah ini bertujuan mengelakkan berlakunya kebocoran dokumen atau maklumat siasatan selain itu kita mahu pastikan semua perkara yang dibincang dalam mesyuarat PAC tidak dibawa keluar.

“Sebarang pernyataan atau laporan hendaklah dibuat secara rasmi oleh anggota Jawatankuasa PAC dan bukannya pendapat peribadi,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Bagaimanapun Ahmad Zahid berkata, Pandikar Amin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Parlimen memaklumkan bahawa perkara itu perlu dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang terlebih dahulu.

Turut hadir Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Ahmad Zahid berkata sekiranya cadangan itu dilaksana, tidak timbul isu kerajaan menyembunyikan sebarang maklumat berhubung siasatan yang dijalankan oleh PAC kerana jawatankuasa itu dianggotai oleh anggota Parlimen daripada pelbagai parti politik.

“Anggota Jawatankuasa PAC tidak terdiri daripada orang kerajaan sahaja. Ada daripada pembangkang. Tidak ada yang terkecuali,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa senarai nama anggota Jawatankuasa PAC Barisan Nasional (BN) yang baharu akan diumum dalam masa terdekat pada persidangan Dewan Rakyat oleh Pandikar Amin.

Katanya BN telah mengemukakan beberapa nama bagi menggantikan anggota sebelum ini berlandaskan peraturan yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.

“Saya tidak perlu umum secara rasmi sebab saya sudah serahkan kepada Pandikar Amin untuk kemukakan kerana beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Parlimen,” katanya. – BERNAMA

Tags: PACZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd