• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tol: Pengguna Guna Laluan Alternatif Untuk Jimat Kos

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kenaikan kadar tol menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna lebuh raya, dengan kebanyakannya mengatakan akan mengubah laluan perjalanan mereka demi menjimatkan beberapa ringgit yang dapat dilakukan mereka.

Pengurus produksi, Sheril A. Bustaman, 24, berkata, dia biasanya membayar RM2.60 bagi perjalanan ke tempat kerja dan RM2.60 lagi untuk pulang ke rumah.

“Sekarang saya perlu membayar RM3.30 sehala, satu peningkatan sebanyak 70 sen atau RM1.40 sehari.

“Saya akan mengurangkan makan di luar dan juga mengurangkan berjalan-jalan. Saya tidak lagi dapat berjumpa dengan rakan-rakan selalu sekarang,” katanya.

Sheril berkata, walaupun dia cuba mengurangkan penggunaan tol kepada dua kali sehari, namun ia masih menunjukkan dia perlu membelanjakan tambahan RM42 untuk bayaran tol setiap bulan.

Dalam keadaan ekonomi sekarang dan gaji yang diperolehinya selepas baharu bekerja, katanya, perkara kecil seperti kenaikan kadar tol akan menyebabkan kehidupannya lebih sukar buat golongan muda sepertinya.

“Kenaikan ini merupakan satu tambahan yang amat tidak perlu dalam perbelanjaan kami,” katanya, sambil menambah bahawa laluan bebas tol bukan satu pilihan kerana ia hanya akan menggunakan lebih banyak petrol.

“Keadaan ini sudah boleh buat saya melupakan untuk memiliki rumah atau mempunyai kereta yang lebih baik pada masa akan datang,” tambahnya.

Seorang ibu, Lina Hussein, 40, turut tidak menyenangi dengan kadar baharu tol itu kerana dia kini terpaksa membayar RM2.50 berbanding RM2, sebanyak empat kali sehari.

“Saya dan suami saya menggunakan DUKE untuk menghantar anak perempuan kami ke sekolah, tuisyen dan kelas piano,” katanya.

Pasangan itu cuba untuk tidak menggunakan lebuh raya dan melalui Jalan Tun Razak yang tidak mempunyai tol, tetapi jalan tersebut sering mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk.

Pelajar kolej, Adrian Gan, 21, berkata dia terbeban dengan kadar tol yang lebih tinggi.

“Peningkatan kos buat saya adalah 100 peratus kerana perjalanan pergi dan balik setiap hari menelan belanja maksimum RM2, dan kini sebanyak RM4. Elaun bulanan saya hanya RM850,” katanya.

Katanya, mana-mana laluan alternatif tanpa tol pastinya sesak teruk kerana bukan dia seorang sahaja yang memikirkan untuk melakukan sedemikian.

Gan merancang untuk mengurangkan perbelanjaan makan tengah harinya, mungkin makan mi segera atau roti kosong, berbanding makan di luar.

Pengguna jalan raya yang lain berkata, mereka cuba untuk mengelakkan kesesakan pada laluan tanpa tol dengan memulakan perjalanan lebih awal setiap hari.

Bagi T.F. Woon, 18, akan bangun pada pukul 6.30 pagi untuk pergi ke kolejnya menggunakan laluan alterntif yang akan mengambil masa perjalanan 40 minit.

Perjalanan dari rumahnya ke kolej menggunakan lebuh raya bertol hanya mengambil masa 25 minit.

“Elaun saya sebanyak RM50 seminggu. Dengan kenaikan itu, saya terpaksa menghabiskan kesemuanya pada tol,” katanya.

Kadar tol di beberapa lebuh raya utama meningkat antara 20 sen dan RM4.70 pada Khamis.

Lebuh raya yang terlibat termasuk Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya MEX, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Terowong SMART, Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya BESRAYA dan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS). – The Star Online

Tags: Kenaikan TolLaluan AlternatifLebuhrayapengguna
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pakar Godam Server Militan IS Akan Diekstradisi Ke AS – KPN

Next Post

Jerebu: Kualiti Udara Seluruh Negara Baik Setakat 9 Pagi

Related Posts

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

JKR Buka Laluan Alternatif Gua Musang-Kuala Lipis Hari Ini

JKR Buka Laluan Alternatif Gua Musang-Kuala Lipis Hari Ini

15/04/2023
0

GUA MUSANG : Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan penyuraian trafik di laluan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Lipis mulai hari...

Next Post

Jerebu: Kualiti Udara Seluruh Negara Baik Setakat 9 Pagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd