• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Bukti Kukuh Wujud Elemen Militan IS Di Timur Sabah

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Tiada ancaman secara langsung dan bukti kukuh wujudnya elemen militan negara Islam (IS) bertapak di pantai timur Sabah, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Namun, beliau berkata pasukan keselamatan tidak boleh memandang ringan kerana kawasan perairan timur Sabah sering berhadapan dengan pelbagai isu keselamatan yang membabitkan jenayah rentas sempadan, serta elemen militan yang dibawa masuk dari selatan Filipina.

Katanya pada ketika ini, pengaruh IS dipercayai mendapat sambutan kalangan kumpulan pengganas dan pemisah di selatan Filipina berikutan pemimpin beberapa kumpulan tersebut menyatakan kesetiaan kepada pemimpin IS, Abu Bakar Al-Baghdadi pada tahun lepas.

Secara tidak langsung, unsur ekstremis ini berupaya mempengaruhi sebuah kumpulan di Sabah melalui jaringan pengganas yang sedia terjalin, katanya pada kenyataan media pada lawatan ke Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di perairan dekat sini, hari ini.

Katanya selain itu, ancaman militan itu turut berkait dengan lima anggota militan rakyat Malaysia yang kini bersembunyi di selatan Filipina.

Bercakap kepada pemberita selepas lawatan itu, Hishammuddin berkata militan merupakan ancaman yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan untuk ditangani secara menyeluruh.

Beliau berkata perancangan mewujudkan Wilayah Islamiah di Laut Sulu oleh militan IS di selatan Filipina memerlukan kerajaan membuat persiapan proaktif untuk menanganinya.

“Perkembangan di selatan Filipina, geopolitik di Laut Cina Selatan, menuntut kita membuat persiapan proaktif termasuk menerusi pembabitan negara-negara Asean,” katanya.

Hishammuddin berkata esok beliau akan ke Beijing, China bagi menghadiri perjumpaan tidak formal Menteri-Menteri Pertahanan Asean dengan kerajaan China.

Katanya sebagai pengerusi negara Asean, Malaysia akan menggunakan sebaik mungkin kedudukan itu untuk meletakkan agensi keselamatan dan pertahanan negara-negara Asean dalam satu kedudukan di peringkat serantau menangani ancaman termasuk IS. – BERNAMA

Tags: ISIslamic StateMilitanSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd