• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Paling Tinggi Permintaan Rumah PR1MA

oleh Ahmad Albab
28/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Permintaan untuk rumah PR1MA di Selangor adalah paling tinggi berbanding negeri lain berikutan kebanyakan golongan berpendapatan pertengahan di negeri itu masih tidak memiliki rumah sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Datuk Abdul Mutalib Alias berkata setakat ini pemohon yang berdaftar dengan PR1MA untuk memiliki rumah mampu milik di negeri berkenaan mencecah 240,000.

Beliau berkata jumlah itu melebihi unit rumah yang diluluskan untuk dibina di Selangor iaitu 19,591 unit.

“Populasi penduduk di Selangor pun tinggi dan ramai yang masih tinggal dengan ibu bapa,” katanya pada sidang media di pejabat PR1MA di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak PR1MA akan berusaha mencari langkah terbaik untuk menangani permintaan melebihi tawaran itu bagi memastikan penduduk berkelayakan di negeri tersebut mempunyai rumah sendiri.

Abdul Mutalib berkata antaranya PR1MA akan memperbanyakkan lagi kerjasama dengan pemaju perumahan yang berkemampuan mengikuti segala piawaian ditetapkan oleh perbadanan itu untuk menambah bilangan rumah mampu milik.

Dalam pada itu, beliau berkata rumah PR1MA yang diluluskan untuk dibina di seluruh negara adalah sebanyak 198,489 unit.

“Di Lembah Klang sahaja melibatkan 26,323 unit rumah PR1MA iaitu 6,172 unit di Kuala Lumpur, 19,591 unit di Selangor dan 560 unit di Putrajaya.

“Di Kuala Lumpur rumah yang sudah ada dalam proses pembinaan terdapat 4,636 unit dan di Selangor 5,081 unit dalam proses pembinaan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Mutalib berkata PR1MA akan menganjurkan Ekspo Rumah PR1MA 2015 di Melaka selama tiga hari bermula Jumaat ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Katanya ekspo itu sebagai platform yang interaktif untuk berkongsi maklumat berhubung produk dan servis yang ditawarkan PR1MA kepada orang ramai. – BERNAMA

Tags: PR1MARumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd