• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Search Bakal Gegarkan Johor Di Konsert Terhebat

oleh AK-47
20/10/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERTAHAN selama 34 tahun dalam persada muzik tanah air bukan satu perkara yang mudah.

Namun Amy, Kid , Din , Nasir dan Yazit telah membuktikan mereka masih mampu membawa nama kumpulan Search sebagai band rock paling popular di Malaysia.

Search yang ditubuhkan di Johor Bahru menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul “CINTA BUATAN MALAYSIA”.

Album ini telah menjadi salah satu detikpermulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir.

Search mendaki takhta kegemilangan dengan penghasilan lagu-lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti, Langit dan Bumi. Mereka pernah juga pernah beraksi di pentas luar negara seperti di Dublin, London dan Liverpool.

Pada tahun 1989, Search mencapai kemuncak popularitinya apabila album keempat mereka iaitu Fenomena menjadi kegilaan bukan saja di tanah air tetapi juga Indonesia apabila lagu Isabella menjadi siulan para peminat muzik rock ketika itu.

search 2

“Sejujurnya banyak kumpulan muzik terutama di Barat ‘berakhir’ bila tiba album yang keempat.

“Komposer Datuk M. Nasir juga pernah mengingatkan kami tentang itu. Namun rezeki Search rupanya berlaku sebaliknya. Album keempat kami itulah yang terus membawa tuah hingga kami bertahan sampai ke hari ini,” kata Amy eksklusif pada Mynewshub.cc semalam.

Beliau berkata demikian ketika sedang sibuk mengadakan latihan menjelang konsert istimewa mereka, Panggung Khayalan pada 24 Oktober ini di Stadium Educity, Johor Bahru, Johor.

Mengulas mengenai konsert itu, Amy berkata, kesemua anggota kumpulan itu teruja kerana ia ibarat sirih pulang ke gagang disebabkan kesemua mereka berasal dari negeri berkenaan.

Beliau berkata, 34 tahun lalu mereka langsung tidak menjangka Search akan gemilang dan kekal sehingga ke hari ini.

“Dari Johor kami ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki dalam bidang hiburan. Pada 24 Oktober ini kami kembali ke tanah kelahiran kami itu untuk mengembalikan nostalgia dan seterusnya menyajikan persembahan terhebat pada malam berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai konsert itu, Amy berkata, sehingga kini mereka telah mengumpul 25 lagu terbaik dari kumpulan tersebut dan persiapan telah dibuat bagi memastikan pengunjung yang hadir terhibur dengan koleksi lagu yang bakal dipersembahkan.

Mengenai keadaan kesihatan pemain dram, Yazit, penyanyi itu berkata, mereka kagum kerana Yazit masih bersemangat untuk memainkan beberapa buah lagu untuk konsert itu tetapi ia masih bergantung kepada keadaan kesihatannya.

Ketika ditanya mengenai kejutan yang bakal disajikan, Amy berkata, sejujurnya mereka optimis yang para peminat Search hanya mahukan persembahan yang terbaik dan bukan kepada ‘kejutan-kejutan’ tertentu.

“Bukan mudah sebenarnya kerana rata-rata kami sudah berumur namun itu bukan penghalang untuk kami beraksi dengan baik…bahkan saya sendiri contohnya, telah mempersiapkan mental dan fizikal, termasuk melakukan latihan jasmani agar dapat menghiburkan peminat dengan persembahan yang paling bertenaga,” katanya penuh yakin.

Konsert Search Panggung Khayalan adalah anjuran Universal Music Malaysia dengan kerjasama Iskandar Education Enterprise (EduCity).

Persembahan selama dua jam itu akan bermula pukul 8 malam dan akan diadakan di Kompleks Sukan EduCity, Nusajaya, Johor Bahru. Tiket-tiket ke konsert ini boleh didapati secara online di laman web Tiket HotLine : http://www.tickethotline.com.my dengan harga serendah RM66 untuk tempat duduk biasa dan paling ekslusif adalah RM756 untuk VIP Premium. Di mana Hanya 100 tiket VIP Premium dijual.

Pemegang tiket VIP Premium juga dijemput hadir ke majlis khas (post party) selepas konsert, bersama semua ahli SEARCH. Harga tiket adalah termasuk GST.-Mynewshub.cc

Tags: Amy SearchKonsertpenyanyi rockRock
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dr Maza Tegur Puak Minta Bayaran Untuk Membaca Al-Qur’an

Next Post

Guru ‘Kantoi’ Adakan Hubungan Seks Dengan Pelajar

Related Posts

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

3 Maut, 39 Cedera Bom Dilempar Berhampiran Pentas Konsert Di Utara Thailand

14/12/2024
0

BANGKOK: – Tiga maut, manakala sekurang-kurangnya 39 yang lain cedera selepas bom dilemparkan ke arah orang ramai di Pameran Palang...

Next Post

Guru 'Kantoi' Adakan Hubungan Seks Dengan Pelajar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd