• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saravanan, Devamany Bersaing Bagi Jawatan Timb. Presiden MIC

oleh Ahmad Albab
25/10/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemilihan semula MIC pada 6 Nov ini bakal menyaksikan persaingan satu lawan satu antara penyandang Naib Presiden Datuk M.Saravanan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Seri S.K. Devamany bagi jawatan timbalan presiden parti itu.

Pengumuman itu dibuat Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam selepas tempoh penamaan calon selama dua jam tamat pada pukul 1.30 tengah hari di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Persaingan bagi jawatan nombor dua parti selepas enam tahun itu dijangka paling sengit kerana kedua-dua individu bukan calang-calang calon, malah memiliki rekod tersendiri dalam parti sebelum ini.

Jawatan timbalan presiden kini kosong apabila penyandangnya Dr Subramaniam menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden parti pada 21 Ogos lepas.

Dr Subramaniam turut mengumumkan bagi jawatan naib presiden, ia merupakan pertandingan empat penjuru.

Seramai lima calon mengemukakan kertas pencalonan bagi tiga jawatan naib presiden iaitu dua bekas Ketua Pemuda Datuk T. Mohan dan Datuk S.A.Vigneswaran, anak bekas Timbalan Presiden MIC Tan Sri S.Subramaniam, S.Sunther, Ketua Penerangan MIC pusat Datuk V.S. Mogan dan bekas Bendahari Agung Datuk Jaspal Singh.

Dr Subramaniam berkata pencalonan Sunther terpaksa ditolak berdasarkan perkara 59.1 Perlembagaan parti akibat tidak memenuhi tempoh lima tahun sebagai anggota parti.

“Mengikut Perkara 59.1, seseorang calon bagi pemilihan naib presiden mesti menjadi ahli parti secara berterusan selama tidak kurang daripada lima tahun,” katanya.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata 44 calon layak bagi mengisi 23 kerusi Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) iaitu badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

“Pada awalnya, kita menerima 45 pencalonan bagi CWC tetapi terpaksa menolak satu pencalonan iaitu bekas ketua bahagian Bukit Bintang C. Selvaraj berdasarkan Perkara 59.3 perlembagaan parti kerana beliau bukan delegasi parti sebab gagal pertahankan jawatan ketua bahagian,” katanya.

Antara calon yang mengemukakan borang pencalonan dalam perebutan kerusi CWC adalah penyandangnya P. Kamalanathan, anak bekas presiden Datuk Seri S.Samy Vellu, Datuk Seri S.Vell Paari dan Setiausaha Agung A.Sakthivel.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Dr Subramaniam menasihati semua calon agar mematuhi peraturan pemilihan parti yang ditetapkan.

Beliau juga menegaskan supaya tiada sebarang politik wang dilakukan dalam pemilihan semula parti berusia 68 tahun itu.

Pemilihan semula MIC dijadualkan pada 6 Nov, diikuti Mesyuarat Agung Tahunan pada hari berikutnya, yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan MIC mengadakan semula pemilihan selepas membatalkan pemilihan parti itu pada November 2013, selepas menerima aduan mengenai penyelewengan dalam proses pemilihan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]I-btRG9mIRA[/wpdevart_youtube]

Tags: MIC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

150 Vendor Sertai Festival Makanan Terbesar Tahun Ini

Next Post

Video: Tutorial Kek Tembikai Yang Nampak Real!

Related Posts

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

22/06/2024
0

Bekas Menteri Sumber Manusia M Saravanan dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC sekali lagi selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding untuk...

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

05/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Selepas MCA, kini MIC turut mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan...

Next Post

Video: Tutorial Kek Tembikai Yang Nampak Real!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd