• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saifuddin Tidak Sepatutnya Hadiri Sidang Meja Bulat Pakatan 2.0

oleh Ahmad Albab
02/10/2015
dalam Politik
3
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Datuk Saifuddin Abdullah tidak sepatutnya menghadiri Sidang Meja Bulat Pakatan 2.0, yang diadakan untuk memuktamadkan pembentukan pakatan pembangkang yang baharu.

Katanya walaupun Pengerusi Tribunal Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata tiada salahnya bagi mana-mana anggota parti menghadiri majlis anjuran parti lain, namun secara peribadi, beliau berpendapat perkara itu tidak harus berlaku.

Pengerusi Tribunal Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas
Pengerusi Tribunal Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Ketenagakerjaan dan Transmigrasi Indonesia Hanif Dhakiri di sini, hari ini.

Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan di bawah lembaga itu, terdapat Tribunal Disiplin yang dipengerusikan oleh Megat Najmuddin manakala Panel Rayuan dipengerusikan oleh Tan Sri Sabaruddin Chik.

Ahmad Zahid berkata Megat Najmuddin perlu menjelaskan kepada Majlis Tertinggi UMNO mengenai pendiriannya berhubung perkara itu.

Saifuddin-Abdullah-L-2

Saifuddin yang juga bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, menghadiri Sidang Meja Bulat Pakatan 2.0 pada 22 September lepas.

Majlis itu turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara yang dalam proses pendaftaran, Mohamad Sabu.

Saifuddin dilapor menjelaskan kehadirannya pada program itu atas kapasiti peribadi sebagai Pengerusi Akademi Belia. – BERNAMA

Tags: Saifuddin AbdullahZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd