• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sah Kamal Adli Digugurkan, Demi Kebaikan Semua – Yusof Haslam

oleh AK-47
31/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEKA-TEKI tentang khabar angin penguguran pelakon Kamal Adli dalam membintangi filem Abang Long Fadil 2, akhirnya terjawab apabila penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam tampil mengesahkan perkara tersebut.

BACA: Isu Kamal Disingkir Daripada Filem, Zizan Nafi Terlibat

Menurut Yusof, keputusan untuk mengugurkan Kamal daripada senarai pelakon filem itu diambil bagi mengelakkan sebarang konflik yang bakal berlaku kelak ketika penggambaran susulan perasaan kurang senang yang wujud antara pelakon utamanya Zizan Razak dengan Kamal.

Konflik Zizan Razak dan Kamal Adli
Konflik Zizan Razak dan Kamal Adli.

Jelas Yusof, selain itu, penguguran Kamal yang juga pelakon utama Abang Long Fadil tahun lalu dibuat atas pertimbangan untuk memudahkan proses penggambaran filem itu nanti.

“Apa yang berlaku antara mereka rasanya tidak perlulah saya ulas lanjut. Sebagai penerbit saya perlu memikirkan jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak dan kelancaran produksi ini nanti.

“Saya tidak mahu wujud perasaan kurang selesa atau konflik dalaman timbul apabila mereka terbabit dalam penggambaran nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, heboh dakwaan menyatakan Kamal digugurkan atas permintaan Zizan kerana masalah peribadi yang dihadapi oleh mereka.

Bagaimanapun, Zizan tampil menafikan perkara tersebut dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak masuk akal kerana dia hanyalah seorang pelakon yang dibayar untuk bekerja oleh penerbit. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Tags: Abang Long Fadil 2Kamal AdliYusof HaslamZizan Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

26/06/2023
0

SINGAPURA: Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd