• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Beri Diskaun 50% Jika Arab-Yahudi Makan Semeja

oleh
23/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEL AVIV – Sejak beberapa minggu ini, siri serangan berdarah yang berlaku di kawasan Baitulmaqdis dan wilayah Tebing Barat sudah meragut nyawa sekurang-kurangnya 44 orang rakyat Palestin dan lapan warga Israel.

Namun di tengah-tengah ketegangan yang meruncing ini, terdapat juga insan yang cintakan perdamaian kini tampil mencuba kaedah kreatif bagi merapatkan jurang antara masyarakat Arab dan Israel di peringkat akar umbi.

Misalnya, sebuah restoran masakan terkenal Yahudi iaitu hummus di bahagian utara Israel ini menawarkan harga diskaun 50 peratus kepada pelanggan etnik Yahudi dan Arab yang sedia makan semeja secara bersama-sama.

Restoran makanan Yahudi dikenali sebagai Humus Bar itu terletak dalam Mall M, di sebuah bandar kecil Kfar Vitkin; yang dibuka sejak 1930-an lalu dan dianggarkan kini memiliki penduduk seramai lebih 2,000 orang sahaja.

Pemilik Humus Bar, Kobi Tzafrir dilaporkan menyebarkan tawaran menarik itu menerusi laman Facebook Humus Bar, yang setakat ini sudah mendapat lebih 6,200 suka dan telah dikongsi lebih 1,600 kali sejak 13 Oktober.

Catatan Facebook dalam bahasa Hebrew itu berbunyi: “Takut dengan orang Arab? Takut dengan orang Yahudi? Di tempat kami tidak ada orang Arab! Tapi di sini juga tidak ada orang Yahudi… Di sini, hanya ada insan biasa.

“Dengan hidangan hummus Arab yang lazat! Dan falafel Yahudi yang enak! Setiap hidangan ditempah, anda akan dapat tambahan semula secara percuma, tidak kira sama ada anda orang Arab, Yahudi, Kristian dan lain lagi.”

hummus1

Catatan di Facebook tersebut selanjutnya menyatakan, potongan harga 50 peratus bagi hidangan hummus akan diberikan kepada setiap pelanggan Arab dan Yahudi yang sedia makan bersama-sama di satu meja yang sama.

Tzafrir memberitahu Al Jazeera bahawa beliau mahu menunjukkan, ramai orang Arab dan Yahudi tidak suka menyertai serangan-serangan ganas seperti yang dilaporkan pihak media antarabangsa sejak kebelakangan ini.

“Kami mahu menunjukkan bahawa kita semua insan biasa, tidak begitu berbeza antara satu sama lain,” katanya sambil menambah, restoran tersebut memang terkenal dalam kalangan pelanggan yang berbangsa Arab.

Mereka sanggup datang dari beberapa buah bandar Palestin yang berdekatan semata-mata untuk menikmati hidangan dijual di Humus Bar meskipun sebelum diskaun menarik tersebut ditawarkan oleh Tzafrir.

“Ramai pelanggan saya kata mereka sudah melihat catatan kempen terbaharu di Facebook itu, dan mereka datang ke sini untuk menyokong idea ini. Ada orang Arab yang datang dengan rakan-rakan Yahudi mereka.

“Ada juga keluarga Yahudi yang datang dengan kawan-kawan Arab. Mereka semua memberikan maklum balas yang cukup positif,” kata Tzafrir seperti dilaporkan stesen penyiaran antarabangsa Al-Jazeera.

Menurut laporan akhbar tempatan, dapur restoran tersebut menyediakan makanan jenis kosher, iaitu patuh kepada ajaran ketat Yahudi yang sekali gus bererti turut menyediakan makanan halal untuk pelanggan Islam.

Yang pasti, semua inisiatifnya itu bertujuan menggalak perdamaian antara kedua-dua golongan bermusuhan tersebut dengan cara mudah iaitu menikmati makanan secara bersama-sama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IsraelPalestinYahudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

29/03/2026
0

RIYADH: Iran dilaporkan berjaya melancarkan serangan tepat menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Arab...

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

29/03/2026
0

Oleh Mynewshub Realiti Atau Perang Persepsi? Ketegangan di sempadan selatan Lubnan terus memuncak apabila kumpulan Hezbollah mendakwa telah berjaya memusnahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd